Aussie Oi! Part 4 – Rottnest Island, Home of the Quokkas

Day 7 – Saturday, 09/11/2019 : The Real Devil of Tasmania is the Salmon.

Pagi-pagi lagi kitorang dah bangun sebab nak pulangkan kereta dan mengotakan janji dengan receptionist semalam. Tapi sebelum return kereta, kena fill up tank dulu sebab dah termaktub dalam rental agreement. Lepas dah isi minyak, on the way ke Hertz, kitorang ternampak signboard untuk ke Rainbow Sea Container yang selalu orang Malaysia singgah. Memandangkan ada masa lagi, kitorang singgahlah kejap. Buat cukup syarat je. 😃 Lagi pun masa tu baru pukul 8 pagi, memang takde orang lain dekat situ.

One with the Rainbow Sea Container

Tiba di Hertz, proses pemulangan kereta agak lama sedikit sebab incident batu terbang hari tu. Walaupun ada ambil insurance, tapi still kena bayar juga dulu sebab insurance yang kitorang ambil dari 3rd party, bukan dari Hertz. So Hertz akan charge credit card kitorang nanti kemudian kitorang kena claim balik from 3rd party insurance provider tu.

Kenapa ambil 3rd party insurance dan bukan dari car rental company macam Hertz? Well, benda ni tak dirancang sebenarnya. Masa cari kereta sewa, kitorang guna Rentalcars.com – adik beradik dengan Booking.com dan Agoda. Kitorang pilih kereta yang kitorang rasa sesuai dan tick terus option untuk ambil full protection insurance sekali dengan kereta tu. Masa tu kitorang tak tahu pun yang kitorang akan menggunakan insurance dari RentalCover.com. Lepas tu baru kitorang discover yang insurance dari RentalCover.com tu lagi comprehensive dan lagi murah berbanding ambil insurance dari car rental company macam Hertz, Avis, Thrifty etc.

For further info with regards to the comparison between 1st party insurance and 3rd party insurance, you can refer here

Kitorang diberitahu yang berapa banyak diorang akan charge kitorang tu nanti bergantung kepada assessment yang diorang akan buat. Dalam seminggu dua baru diorang akan charge. Berdebar-debar menantikan charge yang akan dikenakan, kitorang beredar dari Hertz mencari breakfast dikawasan sekitar. Kitorang breakfast dekat sebuah café yang terletak diantara 2 block bangunan. Kitorang order lain, dia bagi lain. Kitorang dah inform yang kitorang tak order coffee yang dihantar, tapi lepas tu dia tak ambil semula coffee yang bukan kitorang punya. In the end kitorang makan je semua yang dihidangkan dan bayar. Masa bayar diorang tak kira ada coffee dalam order kitorang. Kitorang menyesal tak mention pasal coffee yang diorang salah hantar tu. Sampai ke sudah tak ingat nama kedai nak bayar semula coffee tu 😓

Dari situ, kitorang berjalan kaki menuju ke Perth Station dan kemudian ambil Fremantle Line dengan tambang AUD4.90 seorang ke Fremantle Station. Dari Fremantle Station kitorang menuju ke Fremantle Markets yang famous tu. Kitorang survey harga je dulu sebab katanya kedai Megabes dekat E-Shed lagi murah berbanding dekat Fremantle Markets. So kitorang pun take note harga-harga souvenir yang kitorang plan nak beli dan cuci mata je dekat Fremantle Markets tu. Meriah Fremantle Markets tu. 🤩

Dari situ, kitorang bergerak ke Kailis Fish Market – nak tengok sikit apa yang orang duk cakap sedap tu. Kitorang tak order fish & chips macam orang lain. Kitorang order Grilled Tasmanian Salmon sebab teringat rasa salmon yang sedap kitorang makan dekat Tasmania dulu. Sedap juga Tasmanian Salmon Kailis Fish Market tu. Not disappointing. Kenyang dari makan salmon tu, kitorang menuju ke E-Shed untuk shopping souvenir. Tapi kitorang rasa E-Shed tak semeriah Fremantle Markets. Megabes pun dah tutup cawangan dia dekat E-Shed tu. Kena patah balik dekat Fremantle Markets nampak gayanya. Kitorang beli sikit je dekat souvenir dekat E-Shed.

Grilled Tasmanian Salmon that kept us coming for the second time

Balik dekat hotel kejap untuk solat dan freshen up sikit. Lepas tu baru keluar semula untuk meneruskan misi mencari souvenir. So basically, hari tu memang hari untuk lepak-lepak je sambil mencari souvenir dan menghabiskan AUD yang ada.


Day 8 – Sunday, 10/11/2019 : Sunday Outing to Rottnest Island.

Dalam pukul 7.30 pagi kitorang dah meninggalkan hotel menuju ke B-Shed untuk mengejar feri ke Rottnest Island dan around 8.15 am kitorang dah dibenarkan untuk naik feri. Feri yang kecil pagi tu menyebabkan perjalanan agak bumpy bila bertembung dengan ombak yang besar. Half an hour ride felt like forever! 🤢 Setibanya feri di Rottnest Island, berduyun-duyun orang naik basikal memulakan exploration diorang pagi tu. Mostly locals yang naik basikal tu sebab tourist macam kitorang ramai yang jalan kaki je, not knowing what to expect of Rottnest Island. Tempting juga bila tengok ramai naik basikal ni. Tapi, berbekalkan sedikit research yang kitorang buat sebelum tiba, kitorang stick to avoiding bicycle and hop on Island Explorer Bus yang berharga AUD20 seorang. Tiket bas boleh dibeli di mesin yang macam ATM dekat Rottnest Island Visitor Centre.

Garden Lake

Sebelum naik bas dan explore Rottnest Island, kitorang nak join Meet the Quokkas yang dijadualkan pukul 9 pagi. Benda free, tak perlulah fikir panjang, kan? 😄 Kitorang diberitahu yang dekat Rottnest Island ni ada 12,000 ekor quokka. Tapi memandangkan diorang ni nocturnal macam kelawar, so ada beberapa ekor je yang kitorang jumpa sepanjang keberadaan kitorang dekat situ. Volunteer guide ada inform supaya jangan bagi quokka ni makanan sebab makanan manusia boleh membunuh diorang. Lepas tu kitorang juga diberitahu supaya tak pegang quokka ni bila nampak diorang menghampiri sebab pegangan manusia pun boleh membunuh diorang. Guide tu bawa kitorang tengok quokka yang duduk tidur bawah pokok. Excited mula-mula kitorang nampak quokka ni macam tidur tak gerak-gerak. Tengok dengan lebih dekat, rupanya quokka tu dah mati. Aduhai~ kesiannya 😖 Guide tu minta maaf sebab bawa kitorang jumpa quokka yang dah mati. Ada beberapa ekor quokka lagi yang ditemui pagi tu sepanjang tour tu. Tapi kitorang macam takut-takut nak dekat sangat dengan diorang sebab takut diorang grumpy baru bangun tidur lepas tu gigit orang 😆

Guide tu juga ada memberitahu yang Rottnest Island mendapat nama sempena quokka tu. Masa Rottnest Island ditemui pada 1696 oleh seorang Dutch explorer, Willem de Vlamingh, dia mendapati pulau ni mempunyai banyak ‘tikus-tikus yang besar’. Lalu dia memanggil pulau ni dengan nama Rats’ Nest, directly translated from sarang tikus. Tapi instead of dari keturunan tikus, quokka actually dari keturunan wallaby atau kangaroo. Dan diorang comel dan friendly sebenarnya. 😍

Settle Meet the Quokkas tour tu, kitorang mencari main bus stop. Tapi sebelum naik bas, kitorang jalan-jalan sikit berhampiran dengan main bus stop. Ada macam tasik yang bernama Garden Lake. Tak boleh berenang atau buat apa pun dekat situ. Cuma nampak cantik sebab ada latar belakang windmill. Agak-agak dah panas jalan kaki, kitorang kembali semula ke main bus stop dan naik bas. Kitorang plan nak naik bas satu round keliling pulau dulu. Lepas dah ada main idea apa yang menarik dekat setiap stop tu, baru kitorang plan nak turun dekat mana. Tiket Island Explorer Bus tu ialah 1-day trip. So sepanjang hari tu, berapa kali nak naik bas tu pun tak kisah.

Saat kena tinggal dengan Yuyu

Selepas satu round keliling pulau, Yuyu decide nak balik semula ke Fremantle dan sambung shopping. So bermulalah kisah Jack exploring Rottnest Island alone sementara Yuyu kembali ke terminal feri untuk menunggu next ferry out. 🥺 First stop: Henrietta Rocks. Henrietta Rocks ni tempat orang memancing, swimming, dan snorkelling. Tapi Jack punya agenda tak involve semua tu pun. Sekadar duduk menikmati pemandangan laut yang berwarna biru kehijauan yang memang sejuk mata memandang. Mujur bawa tripod, bolehlah juga Jack masuk dalam frame gambar 🤭 Tak lama lepas tu dapat WhatsApp dari Yuyu yang mengatakan dia dah terlepas feri dan agak lama nak tunggu next ferry. Kah! So dia nak join dekat Henrietta Rocks tu tapi takde tiket sebab both tickets ada dengan Jack. Berbekalkan gambar tiket sahaja, Yuyu berjaya convince driver bus tu untuk benarkan dia naik bas dan turun di Henrietta Rocks. Kitorang spend time sikit dekat situ enjoying scenery yang memang cantik tengahari tu.

Kitorang naik bas yang lalu di Henrietta Rocks. Jack turun di stop #5 iaitu Parker Point sementara Yuyu naik bas untuk pusing satu pulau buat kali kedua untuk mengejar feri Kembali ke Fremantle. Ada ramai orang dekat Parker Point yang terdiri dari makcik dan pakcik yang naik basikal satu group dan family yang picnic dekat pantai. Ada juga hot chicks yang tengah sunbathing dekat situ 😋 Yang unik mengenai Parker Point ni ialah ianya menjadi one of the famous spots for private boats berlabuh. Memang nampak lain dari yang lain bila pantai yang jernih dihiasi dengan kumpulan bot-bot berlabuh. Pernah pergi Krabi / Phuket dan pergi ke Pileh Lagoon dekat Phi Phi? Lebih kurang macam tu tapi kurang semak. Hahaha 🙃 Jack turun ke pantai Parker Point tu sebab curious ramai yang turun ke pantai dari platform berhampiran bus stop. Diorang macam teruja bila nampak ular dan biawak duduk berteduh di celah-celah batu. Tak takut kena sengat or kena gigit ke diorang ni?

PARKER POINT

Dari Parker Point Jack nak pergi Little Salmon Bay iaitu stop #6. Seganlah pula nak naik bas sebab satu stop je. Nanti nampak sangat macam typical Asian tourists. So dia pun jalan je menuju ke Little Salmon Bay. Ada ramai juga orang dekat Little Salmon Bay, tapi tak crowded. Ada sekumpulan teenagers camping dalam khemah, ada atuk dengan cucu berendam dekat pantai, ada yang snorkeling etc. Happening juga rasanya dekat situ.

Dari Little Salmon Bay, Jack jalan lagi menuju ke #7 Salmon Bay. Nampak macam dekat, tapi ambil masa 10-15 minit juga sebenarnya. Lebih kurang je tarikan Little Salmon Bay dengan Salmon Bay. Cuma bukaan pantainya lebih luas. Dekat sini lebih banyak family picnic. Ada juga yang main frisbee sambil-sambil picnic tu.

Jam dah menunjukkan pukul 2 pm. Panas terik kian terasa sebab takde awan. Jack decided untuk naik bas dan pergi ke penghujung pulau iaitu stop #11 West End sebab tadi masa 1st round ada dengar something about New Zealand. Lama juga nak sampai walaupun naik bas, lebih kurang setengah jam macam tu. Rata-rata orang tak sampai ke West End ni sebab basikal amat jarang kelihatan at this part of Rottnest Island. Kalau nak sampai West End pun, most probably by bus. Setibanya di West End, Jack dan satu Chinese family turun dari bas dan nampak signboard yang indicate ada 2 benda boleh tengok dekat situ i.e. Cape Vlamingh & New Zealand Fur Seals. Oh, New Zealand Fur Seals ni yang kitorang sayup-sayup dengar dalam bas tadi. Jack berjalan menuju ke Cathedral Rocks yang menjadi tempat permainan New Zealand Fur Seals. Ingatkan perkampungan orang New Zealand, rupanya ‘perkampungan anjing laut’. 😆

Lama juga  dekat Cathedral Rocks tu, menanti masa platform clear dari orang ramai supaya boleh guna teropong yang disediakan untuk melihat New Zealand Fur Seals. Kena ada binocular atau teropong kalau nak tengok seals tu dengan clear. Dari kejauhan nampak sayup-sayup je bila diorang bermain dalam air. Yang jenis bersidai dekat atas batu jauh sikit dari platform memang tak nampaklah dengan mata kasar. Jack jalan kembali ke persimpangan berhampiran tempat turun bas tadi dan menghala ke Cape Vlamingh pula.

Cathedral Rocks: The playground for the New Zealand Fur Seals

Kalau Catheral Rocks ada New Zealand Fur Seals, Cape Vlamingh ni pula menjadi tempat bermain Humpback Whales yang selalunya meninggalkan Antarctica sekitar bulan July to October untuk mengawan di perairan yang lebih panas macam di Rottnest Island. Bukan tu je, Bottlenose Dolphins pun kadang-kadang spotted surfing the wave dekat West End ni. Tapi masa aku dekat situ, tak nampak pun whales ke dolphins. Yang ada cuma burung-burung je.

Memang best lepak dekat situ, tak sedar pun masa berlalu. Tiba-tiba Jack teringat last bus dari West End ni pukul 3.35 dan jam dah menunjukkan pukul 3.37 dan dia masih mengambil gambar-gambar. 😱 Kelam kabut pack tripod, camera etc. dalam bag lepas tu berdesup Jack berlari ke bus stop. Masa tu hanya boleh berdoa yang bas tu tak punctual. Jauh woi kalau nak kena menapak semula ke bus stop #1. Naik bas pun dah lebih setengah jam inikan pula jalan kaki. Jack duduk dekat bus stop mengharapkan satu miracle terjadi. Alhamdulillah ada bus sampai! Rupanya ada train atau Settlement Shuttle Bus  tak berfungsi masa tu so diorang increase frequency dari setiap setengah jam ke setiap 15 minit. Rasa macam nak sujud syukur masa tu. Tak lama lepas dapat duduk dalam bas yang hampir kosong tu, Jack terlentok ke kiri dan kanan dek kepenatan. 😴 Dapat aircond waktu cuaca tengah terik dekat luar tu memang nikmat duniawi.

Tiba di main bus stop Jack terus ke jeti. Patutnya tiket feri berlepas pukul 6 pm tapi sebab dah sunburn dan tak larat nak jalan-jalan lagi dia beratur dekat line feri pukul 4.30 pm dengan harapan dapat naik feri awal sikit supaya boleh join Yuyu shopping sikit. Tak menjadi masalah menggunakan tiket feri tu untuk naik waktu yang berlainan dari waktu yang printed on the ticket, subject to ada kekosongan. Maksudnya ferry operator akan panggil semua orang yang mempunyai tiket untuk waktu tu dulu, kalau dah habis naik then ada kekosongan lagi baru dia panggil orang yang mempunyai tiket untuk waktu lain naik.

Lagi sekali si Jack ni nervous. “Kalau beratur panjang-panjang lepas tu tak dapat naik feri, bazir masa juga. Takpe #brocuba.” Getus Jack dalam hati. Enjin feri dah start dah tapi kitorang yang mempunyai tiket untuk slot lain ni masih belum dibenarkan naik. Tambah panik jadinya. Tak lama lepas tu, akhirnya Jack dibenarkan naik feri tu! Yeay! 🥳 Feri tu besar, tapi Jack dah tak gigih nak naik tingkat atas ke apa. Masuk je pintu feri, terus duduk dekat kerusi kosong yang tak jauh dari pintu. Konon senang nak keluar nanti.

Walaupun kepenatan, tak boleh nak lelap sangat pun. 🥱 Karang nanti kalau dah sampai takde orang nak kejutkan. Unlike the ferry ride this morning, feri petang tu lebih smooth, mungkin kerana saiznya yang lebih besar. Setengah jam kemudian feri berlabuh di B-Shed. Sampai di Fremantle, Jack mencari Yuyu yang tengah sibuk shopping. Lepas shopping kitorang drop barang dekat hotel, freshen up sikit, solat dan terus keluar semula mencari dinner. Kitorang pergi semula ke Kailis Fish Market. Order the same thing and then some: BBQ Tasmanian Salmon, Seafood Chowder and Squid & Chips. Kenyang gila malam tu. Kitorang makan sampai kedai nak tutup dah. 😁

Fremantle Fishing Boat Harbour view from Kailis Fish Market Cafe

Day 9 – Monday, 11/11/2019 : Snap Back to Reality

Selepas dah packing semua souvenir yang dibeli semalam dan barang-barang yang lain, kitorang check-out. Mula-mula ingat nak naik train dekat Fremantle Station sampai ke Perth Station. Tapi bila check guna Transperth app, dan bubuh dekat situ yang kitorang nak ke Adelaide Terrace, lagi senang naik bas. So kitorang heret bag ke Adelaide Street dekat Fremantle dan tunggu bas yang menuju ke Adelaide Terrace di Perth. Agak confusing juga sebab keduanya menggunakan nama Adelaide, cuma dekat tempat yang berbeza. Tiket bas berharga AUD4.90 seorang. Lama juga journey dia, hampir sejam.

Tiba di Adelaide Tce, kitorang heret bag ke rumah Hazwan dan tumpang bag dekat rumah dia kejap. Lepas dah guna toilet, kitorang keluar semula. Memandangkan kitorang ada dalam kawasan FTZ, kitorang pun naik mana-mana bus yang lalu dekat Adelaide Tce menuju ke Perth. Turun bas kitorang mencari Nando’s sebab adik aku pesan suruh ‘makankan’ Nando’s untuk dia. Lain rasa katanya kalau nak dibandingkan dengan Malaysia punya. 😄

Selesai lunch dekat Nando’s, kitorang sambung shopping. Yuyu yang lebih shopping sebenarnya. Jack lebih kepada duduk di kerusi-kerusi yang disediakan sambil makan buah, people watching dan layan street performance yang ada dekat situ. Layan weh. Bagilah juga spare change yang ada dalam poket seluar tu. Agak-agak duit dah habis, kitorang balik semula ke rumah Hazwan.

Like wildflowers, you must allow yourself to grow in all the places people thought you never would…

Malam terakhir di Perth, kitorang ajak Hazwan and family dinner dekat luar i.e. di D’Tandoor yang ada cawangan dia dekat Malaysia. Kitorang ambil Uber dari rumah Hazwan ke airport pukul 11 malam. Lagi lambat nanti takut terlajak pula. Flight kitorang meninggalkan bumi Australia jam 2.55 pagi dan dalam pukul 8 pagi keesokan harinya kitorang dah dipaksa kembali ke realiti.

Ramai yang kata diorang pergi Perth tapi tak pergi pun tempat-tempat yang kitorang pergi. Well, actually ada beberapa tempat lagi yang kitorang nak pergi tapi tak dapat nak squeeze in dalam trip kitorang kali ni. Contohnya seperti Cottesloe Beach, Granite Skywalk (dah sampai tapi tak masuk), Hamelin Bay Beach, Lake Clifton Thrombolites and Ngilgi Cave to name a few. Tempat-tempat ni and other attractions visited during this trip are listed in our itinerary here.

Until next time!

Leave a comment