Aussie Oi! Part 3 – Road Trip: Hobart to Tasman National Park

Day 4 – Tuesday, 08/03/2016 : Hobart & Mount Wellington 

Lepas sarapan, kitorang angkut bags ke airport untuk terbang menggunakan Jetstar ke Tasmania. Aku excited sebab daripada study dekat NZ dulu nak merasa drive campervan or caravan, tapi mesti ada je halangan i.e. sewa lagi mahal berbanding sewa kereta dan takde masa nak drive slowly. Alhamdulillah kali ni ada kesempatan.

Journey kitorang akan meliputi selatan sampai ke utara Tasmania, atau lebih dikenali sebagai Tassie dikalangan Australian. Hari tu dah ada tulis sikit mengenai background Tassie. Sampai je di Hobart, airport dia kecil je. Carousel bag pon ada satu je. Keluar dari airport, ada lapangan kereta-kereta sewa. Kitorang berjalan mencari Hertz untuk mendapatkan campervan kitorang. Harga sewa kereta untuk 5 hari ni sebenarnya hanyalah $265. Tapi bila dah tambah insurance, itu ini, jumlah keseluruhan jadi $646. Insurance je dah $260, macam boleh sewa lagi satu kereta. Aku ambil insurance yang paling mahal sekali sebab kalau apa-apa jadi (nauzubillah), kitorang takkan kena bayar apa-apa dah. Ni berdasarkan pengalaman sendiri masa terlibat dalam kemalangan dekat NZ, yang kalau rajin nanti boleh tulis separately sebagai tanda ingatan dan syukur masih hidup.

IMG_4719
the wagon we call home for the next 5 days

Bila dah ambil campervan kitorang, kitorang drive ke hotel kitorang yang keluar sikit daripada bandar Hobart. Kitorang duduk luar sikit daripada Hobart sebabnya nak pergi Mount Wellington pagi-pagi keesokannya. Hotel kitorang bukan lah hotel sebenarnya. Lebih kepada boutique bunkhouse diorang panggil. Konsep dia cantik. Lepas dah check-in, kitorang jalan kaki cari makan. Owner bunkhouse tu cadangkan kitorang pergi makan di sebuah Indian restaurant yang tak jauh dari situ. Kitorang pon menapak lah cari kedai tu yang bernama Magic Curries. Bila dah jumpa dan tanya halal ke tak, kitorang pon masuk kedai tu. Beriyani dia sedap gila! Butter chicken pon sedap juga. Tapi harga dia agak mahal sikit berbanding kedai Indian yang kitorang pernah jumpa sebelum ni. Tapi sebab sedap, kitorang tutup sebelah mata je lah.

IMG_6889
nampak macam biasa je briyani ni, tapi sedap gila! highly recommended

Lepas dah makan, kitorang pergi drive cari Coles untuk beli groceries and supplies for our journey. Dalam campervan kitorang ada fridge, boleh lah sumbat sedikit sebanyak buat bekal sepanjang perjalanan. Antara brand yang aku notice ada tulis halal ialah brand Steggles. Mungkin ada banyak lagi brand halal tapi kitorang tak terjumpa pulak masa tu. Bila dah balik bunkhouse, aku bawa naik frying pan, senduk sudip tu semua sebab aku nak samak guna sabun Taharah yang aku beli dekat Masjid India. Kena lah samak, baru boleh masak tanpa was-was. Hehehe.

Sebelum tidur, usha sikit weather forecast untuk Hobart dan Mount Wellington. Malangnya, besok pagi mendung dan dijangka hujan gerimis sikit. Aiseh~ Kitorang nak naik Mount Wellington tu sebab orang cakap view dari atas tu masa sunrise memang awesome. Tapi apakan daya, bukan rezeki kitorang agaknya.


Day 5 – Wednesday, 09/03/2016 : Tasman National Park & Arthur Highway

Bila bangun pagi tu, takde pula hujan ke mendung, ada je matahari. Tapi dah terlambat lah untuk kitorang nak drive naik Mount Wellington. Too bad. 😣

Kitorang bergerak memulakan journey ke Port Arthur melalui Tasman National Park. Cuaca pagi tu cerah sikit diselang-selikan dengan awan berarak. Udara pon nyaman je. Bila keluar je dari bandar Hobart, rasa tenang drive. Jalan ada satu lane je tapi kereta boleh kira dengan jari dan semuanya drive dengan bertenang. Ada beberapa kali kereta depan kitorang berhenti di tepi jalan hanya untuk bagi kitorang potong. Satu benda yang asing untuk warga Malaysia. Laluan memotong pula bukan disepanjang lebuhraya. Akan ada laluan khas yang dikhususkan untuk memotong. Memang agak lain feel dia drive atas highway di Tassie ni. Kalau nak memotong, memang kena tunggu sampai jumpa laluan khas tu. So, selagi belum jumpa, bawa lah macam makan angin, sekitar 80kmj atau 100kmj. Lebih dari tu, orang lain akan pandang pelik atau kena report dekat polis.

IMG_4726
a mirrorless camera, an action camera & an iPhone. budak-budak zaman sekarang…
IMG_4410
selfie jangan tak selfie

Destinasi utama kitorang hari ni ialah Port Arthur. Sebelum sampai Port Arthur, kitorang berhenti kejap dekat Tasman National Park Lookout. Memang impossible untuk tak berhenti bila lalu sini. Mesti ada je orang yang berhenti ambil gambar, selfie dan juga yang lunch sambil menikmati view yang menyejukkan mata memandang sebab ada meja dan bench disediakan. Tambah-tambah bila ada angin dingin yang menyegarkan. Boleh lah nak keringkan ketiak kalau berpeluh drive masa summer. keh keh…

Lepas dah ambil gambar dan selfie, kitorang meneruskan perjalanan lagi sikit ke depan sebelum berhenti lagi. Memang susah nak drive dekat Tassie ni tanpa stop kejap ambil gambar sebab memang cun gila lah view sepanjang jalan.

IMG_4729
nampak tak Tesselated Pavement?

Kitorang berhenti pula dekat Tessellated Pavement tak jauh dari hentian Tasman National Park Lookout tadi. Apa benda Tessellated Pavement ni? Ianya adalah fenomena semulajadi yang terjadi di setiap tepian pantai. Tapi di sini, ianya membentuk macam lantai semulajadi yang unik. Unik ke?

Click! Click! Click! Okay dah ambil gambar, kitorang meneruskan lagi sikit perjalanan ke Devils Kitchen dan Tasman Arch. Lepas je parking campervan, kitorang menapak mencari Devils Kitchen dan Tasman Arch. Tapi, bukan je bila drive sikit-sikit berhenti nak ambil gambar. Kalau dah parking pon sikit-sikit berhenti nak ambil gambar. Contohnya view featured image dekat atas yang kitorang dapat dekat lookout yang berdekatan dengan Devils Kitchen.

Okay kali ni betul-betul pergi cari Devils Kitchen dan Tasman Arch. Devils Kitchen ialah fenomena semulajadi juga yang mana sebuah gua di tepi laut telah kehilangan bumbung gua akibat hakisan beribu tahun.

Tasman Arch pula ialah sebuah pintu gerbang yang pada asalnya ialah sebuah terowong atau gua. Tapi disebabkan hakisan ombak beribu tahun yang lampau, tinggal sikit je bahagian bumbung yang membentuk pintu gerbang.

DSC00202.JPG
ini lah rupa Tasman Arch tu. berpagar tempat ni, kalau tak dah ramai buat aktiviti abseiling or rapeling.
IMG_4435
the Devils Kitchen. kitorang jenuh memikirkan apa sebenarnya maksud tempat ni…

Kitorang meneruskan perjalanan menuju ke Port Arthur. Dekat Arthur Highway, kitorang dah kelaparan. Ye lah, lepas drive lama-lama dan dengan aktifnya ambil gambar di sepanjang perjalanan, siapa tak lapar kan? Aku mula drive perlahan-lahan sambil mencari-cari café atau restaurant untuk makan.

Tak lama lepas tu, ternampak sebuah tempat nama dia Fish Lips. Kitorang mati-mati ingat dia tulis fish & chips. Bila dah masuk kedai tu dan order fish & chips, baru dia bagitau yang dia takde jual chips, hanya ada baked potato and fish of the day. Perut dah lapar, tak boleh lagi dah nak sambung drive cari kedai lain. Hentam saja lah labu…

Bila kitorang dihidangkan dengan fish of the day tu, tak sangka lah dihidangkan secara lengkap dengan karbohidrat dan protein dari sayur. Kitorang ingatkan cuma ikan yang ada dimasak secara deep fry, dan dihidangkan dengan mashed potatoes with tartar sauce. Tapi, apa yang kitorang terima sangat mengujakan. Isi perut ibarat berdendang kegirangan melihatkan hidangan yang sampai. 😀

IMG_4818
fish of the day yang memang terbaik!

Ikan salmon segar dipanggang dengan sedikit minyak zaitun, tidak terlalu garing tetapi cukup garing untuk ikan tersebut mengeluarkan minyak sendiri. Gabungan minyak ikan dengan minyak zaitun menghasilkan sos yang sangat enak, dan hidangan tersebut tidak kering. Kentang pula direbus hingga empuk, dan seterusnya dipanggang dengan butter secukupnya. Terasa sangat balance rasa asli kentang dan lemak dari butter tersebut. Rasa kentang tu ditambah dengan taburan sayuran herba seperti dills bagi mengimbangkan rasa berlemak dari gabungan kentang dan ikan. Bagi salad pula, campuran bayam dan beberapa jenis sayuran lain termasuk tomato yang sangat manis mengurangkan rasa muak ikan. Ada sos rahsia yang digunakan untuk salad tu. Perahan lemon membangkit kan rasa kesemua bahan yang ada.

Masa menulis ni rasa terbayang-bayang menu ni. Kalau nak makan lagi, kena try buat sendiri. Kena call Pn Honk, tuan kedai yang sangat baik hati tu untuk dapatkan resepi. Oh, lupa, ada roti. Brown bread tu pun sedap okay. Makan macam sandwich, letak selapis isi salmon, selapis salad, and makan. Terasa fulfilling sangat sebab ada bijirin dalam brown bread tu.

Okay lah, perut dah lapar. Nak order roasted chicken and cream sauce dalam AirAsia X ni. Lepas ni sambung tulis pasal Port Arthur dan sejarah silam yang kejam yang masih menghantui Tasmania hingga kini.

Updated Part 4: Kekejaman Port Arthur dan Keindahan Remarkable Cave!

Leave a comment