Konnichiwa~ Part 5 – Dazzling Sunset We’ll Never Forget

Day 8 – Thursday, 17/01/2019 : The day to spend the remaining YenΒ 

Bourbon Alfort
Kitorang borong yang kotak biru tu. Credit to ebay

Even after shopping spree yesterday, we still had a lot of JPY remaining. πŸ˜† So basically hari ni kitorang jalan-jalan di sekitar Tokyo mencari apa-apa yang kitorang boleh beli sedikit sebanyak untuk family and friends. Dari hotel kitorang berjalan selama 10 minit (lebih kurang 1km) ke Ueno Station. Jauh tu. Time ni lah kitorang rasa hotel kitorang tak berapa convenient. Kitorang book hotel tu sebab dia berdekatan dengan Inaricho Station which is 2-3 minutes away from the hotel. Tapi kitorang found out kitorang lebih banyak menggunakan Ueno Station berbanding Inaricho Station sebab lebih banyak metro, train and subway lines stop dekat Ueno Station. Benda ni memang macam orang tak ambil port sangat. But the moment your transit involves many luggages, mengeluh lah nanti. πŸ˜›

Anyway, bukan tu je yang tak best pasal hotel kitorang. Tapi tak nak lah cerita panjang dekat sini. Boleh refer sini kalau nak tengok feedback kitorang. Average rating for the hotel is 8.0 from thousands of guests. Maybe it was just us 😐

So from Ueno Station kitorang naik ke Harajuku Station. Harajuku ni memang famous di kalangan penduduk tempatan dan juga pelancong-pelancong yang datang. Gwen Stefani pun jual perfume based on Harajuku culture. The main attraction dekat Harajuku ialah Takeshita Dori atau pun dikenali juga sebagai Takeshita Street. Takeshita Street ni macam tempat belia remaja lepak lah rasanya. Penuh kedai-kedai trendy, hipster cafe, fashion boutiques, kedai bundle, fast food outlets yang rata-rata menyasarkan budak-budak yang conscious dengan trend semasa. For us? Kitorang spend time dalam kedai cari lens cap untuk camera kitorang. Jauh mencari ni, dekat Tokyo juga baru jumpa πŸ˜†

Entering Mori Art Museum
Entering Mori Art Museum

Dulu masa first time pergi Jepun, ada bawa balik Bourbon Alfort. Sedap biskut tu, memang teringat-ingat sampai sekarang. Jangan risau, confirm halal. πŸ™‚ Selain Bourbon Alfort tu, ada beberapa snacks lain yang halal yang boleh dibawa pulang sebagai souvenir juga. Boleh refer dekat website Halal Navi kalau nak beli selain dari Bourbon Alfort.

Kitorang borong 30 kotak Bourbon Alfort tu dekat satu kedai sebab dapat harga JPY69 sekotak. Lepas tu kitorang beli lagi 10 kotak di 2 kedai seterusnya yang kitorang jumpa. πŸ˜† Tapi bukan tu je souvenir yang kitorang beli. Ada few chocolate lain yang kitorang beli, cuma tak sebanyak Bourbon Alfort tu.

Dari Harajuku, kitorang menuju ke Tokyo’s Champs-Elysees – Omotesando. Kalau dekat Takeshita Street barangan yang dijual untuk budak-budak baru nak up, dekat Omotesando target market dia lebih kepada golongan dewasa. Kebanyakan kedai-kedai yang kita biasa tengok dekat premium outlets dekat Malaysia ada dekat sini, cuma mungkin sesetengah barangan hanya ada dekat Jepun. So dia jadi special edition sikit. We didn’t shop anything here, just window shopping for the things we can’t afford πŸ˜₯

Berdekatan dengan Harajuku, ada juga main attraction lain iaitu Meiji Jingu yang sesuai untuk mereka yang bukan jenis yang suka shopping macam kitorang. Tapi sebab kitorang dah pergi sana masa first day hari tu, kitorang takde lah nak pergi lagi. Disebabkan tak tahu apa lagi yang kitorang boleh buat dekat nearby area, kitorang menghala ke Roppongi Hills.

Roppongi Hills ni boleh lah dikatakan macam KLCC dekat KL, iaitu sebuah kawasan yang menempatkan offices, residential, shops, restaurants, hotels, museum etc. Dekat Jepun, Roppongi Hills jadi simbol Japanese IT Industry sebab dekat situ ada banyak financial and IT companies. Dekat tengah-tengah Roppongi Hills tu, ada Mori Tower, one of the tallest buildings in the cityΒ  at 238 meters (almost half the height of our Twin Tower) :P. Kitorang pun belilah tiket Tokyo City View dengan harga JPY1,800 seorang, konon-konon nak tengok panoramic view of Tokyo City sebab kitorang takde masa nak explore each corner of the city. Kalau nak naik lagi ke Sky Deck, an open-air deck on the rooftop, kena tambah lagi JPY500.

Tokyo's concrete jungle
Tokyo’s concrete jungle

Sebelum boleh ke masuk ke Tokyo City View, kena lalu Mori Art Museum dulu. Nak appreciate benda-benda yang ada dekat dalam tu terpulang kepada masing-masing. Ada yang masuk lalu cukup syarat je. Memandangkan tiket yang berharga JPY1,800 tu dah include together with entrance fee to the museum, kitorang layan kan je. πŸ˜† Dekat dalam tu, diorang tak display benda-benda tu permanently. More like a series of rotating exhibitions of contemporary art. Masa kitorang dekat situ, diorang tengah display Catastrophe and the Power of Art. Jepun sebagai sebuah negara yang every year ada je earthquake, storms, volcano, extreme temperature etc sebab ianya terletak di Ring of Fire, memang dah redha je dengan semua tu. Basically exhibition tu display the effect of natural disaster tu semua. Kitorang cuba untuk duduk lama dan appreciate semua benda tu tapi macam tak boleh. πŸ˜›

the park and the surrounding buildings
the park and the surrounding buildings

Then we proceeded to Tokyo City View. Terletak di tingkat 52 di Mori Tower, the observation deck yang mempunyai high ceiling and wide glass walls memang direka supaya pengunjung boleh enjoy pemandangan 360-degree of Tokyo City and area macam Shibuya, Shinjuku, Odaiba; plus kalau cuaca cantik boleh nampak sehingga Mt Fuji! 😯 Cabaran utama dekat Tokyo City View tu ialah usaha untuk mencari spot yang terbaik dan belum di-conquer oleh siapa-siapa. Tapi memandangkan kitorang naik dekat situ masa matahari masih tinggi, so kitorang ada masa lagi nak tawaf the whole floor, enjoy the city view dan cari the best spots.

Frankly speaking, there was no definite best spot at Tokyo City View. Semuanya depends on perspective masing-masing. Dari deck tu juga boleh nampak Tokyo Tower yang macam mini Eiffel Tower, terletak tak jauh dari Mori Tower dan Tokyo Sky Tree yang tinggi di antara bangunan-bangunan lain. Nak maximise kan lagi JPY1,800 yang telah dibayar, kitorang stay dekat situ sampai lah sunset. We got to enjoy the city view during daylight, golden hour and nightfall. Kalau buat time-lapse sure cantik. Nampak lah transition dari siang ke senja, sampai lah ke malam bila lampu-lampu mula menerangi Tokyo City.

Pagi tu, kitorang ada Google dekat mana lokasi terbaik kalau nak enjoy sunset dekat Tokyo. Tokyo City View at Mori Tower was one of the recommended places for that. So we can vouched for that. Tapi make sure check weather forecast dulu sebelum pergi. Takut-takut foggy pula.

The Final Glimpse of the Sun
The Final Glimpse of the Sun

Dalam pada kitorang duk update Stories and posts in Instagram sepanjang trip kali ni, ada yang comment remind kitorang untuk makan wagyu. Berkira-kira juga pada mulanya. Tapi memandangkan dah malam last dekat Jepun, layankan saja. Memang nak habiskan Yen pun katanya kan. πŸ˜† And based on a few recommendations, kitorang plan nak pergi makan wagyu dekat Yakiniku Panga. Bertukar-tukar train line kitorang naik nak menghala ke situ. Basically kalau nak ke Yakiniku Panga, naik train sampai ke Okachimachi or Naka-Oakchimachi. Lepas tu kena jalan lebih kurang 10 ke 15 minit melalui area yang agak sunyi.

Kitorang pergi tu malam around 8 ke 9 malam tapi dah rasa macam pukul 11 ke 12 tengah malam. Memang sunyi betul; risau juga kalau kedai dah tutup. But that was our experience, maybe kalau pergi awal sikit takde lah sunyi macam tu kot. Orang kata cari sign Satake Shopping Street. Tapi berdasarkan pengalaman kitorang malam-malam yang sunyi macam tu, maybe better guna Google Maps je to point the right direction. πŸ˜†

Luckily kedai masih buka lagi by the time kitorang sampai. Tanpa berlengah-lengah, kitorang terus order selepas berjihad nak datang ke situ. πŸ˜› Kitorang pun tak ingat apa kitorang order. Rasanya kitorang order premium wagyu beef set, lepas tu Jack tambah Ume Soda made from 100% Japanese Plum called ume.

Yakiniku Panga's Wagyu 1
Sebab lapar sangat, composition gambar pun bersepah πŸ˜›

Apa yang best sangat about wagyu beef ni? Wagyu sebenarnya bermaksud Japanese beef cattle. Ada 4 jenis wagyu di Jepun iaitu Japanese Black, Japanese Polled, Japanese Brown and Japanese Shorthorn. Tapi kebanyakan wagyu yang dihidangkan di Jepun ialah Japanese Black, lebih kurang 90% dari jumlah keseluruhan wagyu di Jepun. Yang dihidangkan di Yakiniku Panga ni semuanya ialah Satsuma A5 Grade Japanese Black wagyu. Satsuma tu merujuk kepada Kogashima yang terletak di selatan Jepun. Kogashima merupakan pusat ternakan lembu terbesar di Jepun kerana ianya mempunyai cuaca yang sederhana – tak terlalu sejuk dan panas. Kogashima juga kaya dengan rumput-rumput yang banyak dan bijian berkualiti yang terdiri dari jagung dan jerami padi. Hasilnya, Satsuma wagyu terkenal dengan daging bertekstur halus yang lembut dan ‘cair’ bila masuk mulut.

Okay, so A5 Grade tu apa pula? Dekat dalam menu dia cuma mention “A5 is the highest grade given only to the best beef”. Ada grade lain ke? Sementara menggigil tunggu wagyu dihidangkan, Jack curiously Googled. Basically the wagyu will be graded either A – superior, B – average and C – inferior based on berapa banyak daging yang boleh digunakan pada wagyu tu. So kalau wagyu tu dapat gred A, maksudnya lembu tu memiliki banyak bahagian yang sangat baik yang boleh digunakan. Tapi gred A tu lebih bermanfaat untuk producer wagyu tu. Kalau lembu-lembu dia banyak dapat gred A, lagi banyaklah untung dia dapat.

Number 5 dari gred A5 tu pula represents the quality of the wagyu beef. Long story short, 5 – superior dan 3 – conforming to standards. Kalau ada gred 1 dan 2, cari kedai lain okay. At least kena gred 3. So when our wagyu beef is rated A5, they’re the best of the best. πŸ˜€ Kalau nak tahu lebih lanjut about the wagyu grading, boleh lah baca dekat sini.

Yakiniku Panga's Wagyu 2
Celup dalam kicap dulu sebelum bakar

Excited gila bila dia hidangkan wagyu beef tu tak lama lepas tu. There were outside skirt cuts, top sirloin butt cuts, culotte cuts and flap meat cuts. Cepat-cepat ambil 2-3 gambar lepas tu terus memulakan proses yakiniku i.e. grilling the meat sebab masing-masing dah lapar. After patiently waiting for the meat cuts to nicely grilled, we immediately savoured the premium wagyu beef cuts. MashaAllah, sedap gila! πŸ˜€ Konon-konon nak try apa beza rasa each cut. Takde maknanya. Sama je kitorang rasa. That was the best wagyu we’ve ever tasted in our life! Kitorang memang take our own time lah enjoying every bits of the wagyu beef. Kitorang spend lebih kurang JPY10,000 dekat Yakiniku Panga malam tu. But it was worth every yen. Highly recommended.

So yeah, that summed up our trip to Japan this time around πŸ™‚

Tokyo City View and Mt Fuji
Tokyo City View and Mt Fuji

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s