Overlooking the Hardangerfjord in Odda

Jom Norway! Part 2 – Rockin’ Pulpit Rock

Day 3 – Sunday, 9 September 2018 – The First “Foss” of Norway.

Eidfjord
Waking up to this in Eidfjord

Kitorang bangun pagi bila terdengar deru aliran sungai. Mana datang sungai ni? Buka tingkap baru nampak ada sungai lah sebenarnya. 😆 Lepas tu pemandangan gunung-gunung menghijau pon menghiasi background. Sejuk mata memandang orang kata. Memang sihat kalau duduk situ lama-lama. Takde asap-asap kilang mahupun carbon monoxide kereta yang lalu lalang… Kalau ada pon kereta atau kenderaan yang lalu, boleh kira dengan jari. Tak banyak. Kitorang siap boleh berdiri tengah jalan ambil gambar. Memang berbaloi kalau duduk dekat Brenda’s Vacation Home ni. Kitorang bayar RM860 untuk satu malam. Nampak macam mahal tapi ada 3 bilik dan 10 katil weh! Kalau bawa rombongan Cik Kiah pon boleh. I wished we stayed there longer…

Hardangerfjord by the road
Hardangerfjord dari tepi jalan

Settle breakfast dan load barang dalam kereta, kitorang memulakan perjalanan melalui Hardanger National Tourist Route yang bermula dari Kinsarvik. Actually jalan Hardanger ni ada tiga cabang, tapi kitorang guna yang start dari Kinsarvik sampai ke Låtefoss je. Tak dapat lah nak cover tiga-tiga. Tak macam Hardangervidda yang kitorang lalu semalam yang melintasi gunung-gunung yang tinggi dan glacier yang nampak dari jauh, Hardanger ni ada banyak air terjun atau “foss” or “fossen” dalam bahasa Norway. Banyak mana? Ada 5 yang utama i.e. Steinsdalsfossen, Vøringsfossen, Skjervefossen, Låtefossen and Furebergfossen.

Tengah drive tu, tiba-tiba nampak fjord yang macam dekat gila dengan jalan raya. Dekat yang tahap boleh celup kaki 1-2 langkah dari jalan raya. Kitorang berhenti kejap ambil gambar. After all, Asians and the obsession with taking photos can’t be separated. Kalau tengok gambar-gambar kitorang post dekat Instagram, nampak macam tampal je badan kitorang dalam gambar.

Random shot of Hardangerfjord
Hardangerfjord from the cruising car

Okay sebab ramai yang tanya lepas balik dari cuti tu yang Norway ni banyak gila fjord yang cantik, besar dan breathtaking, mungkin berbaloi nak explain sikit apa benda sebenarnya fjord ni. Kalau ikut kan World Atlas, fjord is a long and narrow inlet with steep sides or cliffs that is created by glacial erosion is called a fjord. Dalam erti kata lain, fjord ni ialah sebuah selat yang sempit, panjang dan dalam yang terhasil dari hakisan glacier sejak dari Ice Age lagi. Fjord ni selalunya diapit atau dikelilingi oleh tebing-tebing yang tinggi yang selalunya kitorang tengok dipenuhi dengan flora yang menghijau dan air terjun. Fjord ni rasa-rasanya selalu ada dekat negara-negara yang dekat dengan kutub utara atau selatan macam Norway, Canada, Greenland, Alaska (US) and New Zealand. Jack pernah pergi Milford Sound Fjord dekat New Zealand dulu tapi serious lah, Norway ni banyak gila fjord yang spectacular! 😎

Okay back to the story. Lepas dah take turn ambil gambar, kitorang meneruskan perjalana ke pekan Odda. Plan asal nak singgah ke pekan Odda untuk dapat kan supplies and info from Tourist Information Centre. Tapi disebabkan hari Ahad, semua kedai pon tutup. Apa cerita? Tourist tak datang hari Ahad ke? 🙄 Mujur view cantik, berbaloi lah juga nak menyinggah. Featured Image tu contoh gambar yang sempat kitorang snap dekat pekan Odda.

Låtefossen and the girls
Låtefossen and the girls

Perjalanan diteruskan untuk matlamat asal hari tu. Lebih kurang 20 minit kemudian, kitorang sampai ke Låtefoss,  the king among our waterfalls and an internationally famous attraction. Sebelum sampai Låtefoss ada juga kitorang nampak air terjun lain yang bernama Tjørnadalsfossen. Tapi kitorang tengok dari jauh je lah sebab nak save time. Tapi memang tak boleh lawan Låtefoss. Låtefoss tu famous sebab ada dua air terjun tu nampak dari tapi jalan. Kalau kereta lalu depan air terjun tu memang boleh rasa percikan air terjun tu dekat windshield kereta dan ke muka korang kalau korang buka tingkap. Rasa macam refreshing gila. Serious. Kalau search dekat Youtube, boleh tengok macam mana dramatik nya bila drive depan Låtefoss  tu. Kalau ada dash cam masa drive dekat R13 melalui Låtefoss tu, boleh buat video yang awesome kot. 

 

This slideshow requires JavaScript.

Tak jauh dari Låtefoss, ada lagi satu air terjun yang bernama Espelandsfossen. Dekat je, dalam 200 meter. Jalan kaki pon boleh sampai. Tapi sebab memikirkan ada lagi beberapa jam nak drive, dan tak nak sampai malam, kitorang skip Espelandsfossen. 😦

The road trip continues! Dari Låtefoss kitorang drive dalam 2-3 jam juga rasanya merentasi scenic route yang kedua untuk hari tu i.e. Ryfylke National Tourist Route. Okay so far kitorang dah menggunakan tiga scenic route. Ada apa dengan scenic route ni? Beza ke dengan jalan raya Norway yang lain? Norway ialah sebuah negara yang sangat cantik, hatta lalu jalan mana-mana pon korang sure akan kagum dan terkesima. Tapi memandangkan selalunya pelancong atau pengunjung dari negara lain ada limited time melawat Norway, maka Norway telah shortlist jalan-jalan yang pasti membuatkan siapa-siapa pon terpukau dengan negara dia. Even dah shortlist kan pon, still ada banyak scenic route atau tourist route yang dia offer tu. In total ada 18 scenic routes di seluruh Norway. Haaa pilih-pilih.

 

Tak macam scenic route yang sebelum ni yang kitorang ada plan nak berhenti dekat attractions yang ada disepanjang route tu. Kali ni kitorang just go with the flow; enjoy tengok view gunung-gunung yang kadang tandus kadang menghijau, dengki dengan kambing biri-biri dekat kaki gunung yang gemuk gila makan non-stop, hirup udara fresh yang tahap kalau boleh nak masuk dalam tong oksigen bawa balik rumah, dan drive dengan tenang dekat jalan yang takde traffic jam.

Tak semua benda boleh diabadikan dalam gambar. Contohnya, kalau tak silap, masa kitorang lalu Ryfylke National Tourist Route ni ada satu main road dekat tebing gunung mana entah yang hanya boleh memuatkan satu kenderaan pada satu-satu masa. Main road tapi satu kereta je boleh lalu. Boleh imagine tak? Kalau jalan raya dekat kampung-kampung ke boleh lah juga terima. Kitorang follow belakang bas. Tiba-tiba ada bas dan kenderaan lain dari arah bertentangan. Tak ke panik kitorang. 😆 So bas tu dengan kitorang sekali kena reverse sampai satu area yang muat untuk make way kenderaan-kenderaan tu lalu dulu. Kitorang panik sebab kalau tersilap reverse sikit boleh jatuh gaung kot. Nasib Etty power maneuver kereta tu. 😎 So benda-benda macam tu, memang takde masa lah nak ambil gambar. Boleh simpan elok-elok je dalam kenangan. 🙂 dan alhamdulillah juga lah, bas depan kitorang tu ibarat macam guide untuk kitorang. Kalau kitorang kat depan, mana nak terfikir kena reverse untuk bagi laluan, sebab bukan norm kita kat Malaysia ni kan. Awesome gila kitorang rasa experience ni.

Sama lah juga macam experience berhenti dekat petrol pump untuk solat, percubaan untuk pump tayar kereta menggunakan tyre inflator yang kitorang tak pernah jumpa sebelum ni, solat tepi mall etc. Those things enrich the journey.

Some of the best moments are never captured by cameras and not posted in any social media platforms. They are kept in private and are cherished together with the best people.

The view from the ferry ride
The view from the ferry ride

Sampai dekat Nesvik, kitorang naik feri dengan kereta sekali selama lebih kurang 10-15 minit merentasi Boknafjord hingga ke Hjelmeland. Bayaran NOK82 untuk kereta dan driver dan NOK34 untuk setiap penumpang dewasa yang lain dikenakan sebelum kereta boleh masuk dalam queue ke dalam feri. Excited juga dapat naik kereta dan naik feri ni dekat negara orang. Selama ni naik dekat Penang je. 😛

Dah sampai Hjelmeland, kitorang drive lagi sejam macam tu sebelum tiba ke Airbnb kitorang yang seterusnya yang terletak di Jørpeland. Macam semalam, kitorang dapat sebuah rumah besar 3 tingkat pada harga RM508 satu malam. Tapi Brenda’s Vacation Home tu memang lagi terbaik lah. Rumah kitorang tu takde heater so agak sejuk sikit bila baru lepas hujan dekat luar. Bila kitorang inform owner tu, tak lama lepas tu dia datang bawa heater untuk kitorang. Dia kata sorry lambat sikit sebab dia baru habis afternoon walk. Healthy kan lifestyle diorang? Kitorang settle down, solat, basuh baju, makan, share gambar etc. Bertenang sikit sebab besok ada mission impossible. 😎


Day 4 – Monday, 10 September 2018 – Our Mission Impossible

Sebulan sebelum kitorang fly ke Norway, Mission Impossible: Fallout keluar dekat cinema. Kalau korang perasan, scene last Tom Cruise lawan dengan Superman Henry Cavill tu di buat dekat atas tebing yang seriau kalau nampak bawah tapi at the same time sangat-sangat lah cantik. Scene tu telah dibuat di Norway, guys. Dekat Preikestolen atau juga dikenali dengan nama commercial nya Pulpit Rock.

Wet wooden walking path in Preikestolen
Mengharapkan sepanjang jalan macam ni…

Mula-mula Yuyu buat itinerary, dia plan untuk kitorang pergi naik Trolltunga (literally “the troll’s tongue”). Masa yang diperlukan untuk menawan Trolltunga tu kira-kira 10-12 jam weh! Gila ke tak gila. So instead of hiking Trolltunga, kitorang decide untuk naik Preikestolen je yang hanya memakan masa 4-5 jam naik dan turun. Okay lah sikit. Awal pagi lagi kitorang dah siap-siap pack apa-apa yang patut macam breakfast, snacks, air, biskut, buah etc. Bekalan tenaga kononnya. Tapi pagi tu macam nak hujan. So kitorang pon macam berkira-kira juga nak naik ke tak. Tapi sebab dah sampai kan, kitorang pon check-out dari rumah Airbnb tu dengan meninggalkan kunci dalam key box yang disediakan dan drive terus ke parking area di kaki Preikestolen.

Tak sampai 2-3 langkah meninggalkan kereta, rintik-rintik hujan mula turun. “Gerimis je kot” kitorang cuba menyedapkan hati. Then kitorang nampak ah so lah, aunties lah, turun dari gunung pakai flat shoes, kering je, kitorang pon nekad je lah naik. Nak buat video sambutan hari Malaysia katanya. Etty siap bawa bendera kecil. So kitorang pon mulakanlah mission impossible kitorang tu.

500 meter yang pertama memang sangat mencabar sebab agak curam trek dia. Agak mencabar sebab kitorang takde training apa-apa pon sebelum nak naik Pulpit Rock ni :lol Lepas dari tu, trek dia mendatar je most of the time tapi kadang-kadang kena mendaki juga sikit-sikit walaupun tak securam 500 meter yang pertama. Tapi kira-kira 1.8 – 2 km lagi nak sampai puncak, pendakian batu-batu tu dekat Preikestolen tu kembali curam. Separuh mati juga rasanya 😡 But that’s about it. Lepas tu dah boleh dikatakan berjalan je nak sampai ke puncak. Dalam itinerary siap ada plan konon nak dip kaki dalam tasik yang bernama Tjødnane dekat atas tu. Kalau dah 80% of the time masa tu hujan lebat tahap lencun, nak dip kaki apa nya kan. Kitorang memang dah cukup basah dah pon. 😆

 

Halfway tu kitorang stop over kat hut yang dikhaskan untuk emergency. Kitorang mula-mula takut juga nak guna, tak nak lah guna tempat yang memang dikhaskan untuk orang yang betul-betul dalam kecemasan. Tapi bila tengok ada orang lain juga yang guna, kitorang pon pergi lah, setakat nak rest kejap, makan biskut, minum air yang kitorang tadah sambil naik bukit tu. Untuk kitorang yang tak biasa mendaki ni, kitorang amused juga lah tengok orang locals and those yang biasa hiking turun naik leisurely, macam “no sweat guys, it’s just Preikestolen, well, it rained a bit, nah, that’s ok”. Those people made it look so easy okay. But seriously, memang boleh buat leisurely pun. Udara bersih, view cantik, temperature nyaman. Memang seronok untuk hike. Yang penting tak ada pacat atau nyamuk.

Greenery and rock
Memang betul-betul ‘rock’ semata

Dah habis perbincangan dan sesi fotografi tak seberapa kat hut tu, kitorang pon teruskan lah juga sampai ke puncaknya. Nampaknya masa tu memang hujan tak berhenti, tapi, kitorang habis kan lah juga. Disappointing juga tak nampak pemandangan yang cantik fjord tu, tapi alhamdulillah, hujan pon pengalaman juga. Hikmahnya, sebab berkabus sampai tak nampak bawah, kitorang tak gayat sangat nak pose kat hujung-hujung curam tu. Nak langkah-langkah curam pon berani je. Kalau clear cuaca and nampak segala-galanya kat bawah tu, mungkin tak berani pose tepi curam. 😛

Dalam kereta masa tu memang kitorang dah rasa dah sakit-sakit kaki segala. Kesian Mira, dia ada terjatuh. Hopefully mira dah fully recover lah hendaknya sekarang ni. Sebelum keluar dari parking area dekat situ, kena bayar parking dekat palang tu. Risau juga kalau credit card decline ke kan sebab ada line kereta-kereta lain dekat belakang. Parking fee mengikut jenis kenderaan. Nak murah? Naik motorsikal lah. 😆 Kitorang kena bayar NOK200 masa tu.

 

This slideshow requires JavaScript.

Selesai penawanan Prekeistolen, kitorang pun meneruskan perjalanan ke Airbnb di Stavanger. Perjalanan tengah hari tu membawa kitorang merentasi Høgsfjorden menaiki feri lagi sekali selama 10-15 minit. Sama macam semalam, bayaran NOK82 untuk kereta dan driver dan NOK34 untuk setiap penumpang dewasa yang lain dikenakan sebelum kereta boleh masuk dalam queue ke dalam feri.

Mira Etty and Jalur Gemilang
Mira, Etty dan ucapan Hari Malaysia 😛

Kitorang notice minyak macam dah kena refill. So kitorang pon tengok-tengok petrol pump mana yang tunjuk harga paling murah along the way. Dekat Waze dah ada feature tu juga. So dalam Waze boleh tengok along the way tu berapa harga minyak, tapi tertakluk kepada bila last sekali orang update lah.  Kitorang isi minyak hari tu pada harga NOK14.28/litre. Lebih kurang RM7 untuk 1 litre diesel okay. Kalau petrol lagi mahal.

Hujan terus menerus menemani perjalanan kitorang hari tu diselangi cahaya matahari yang macam Chipsmore. Sampai Airbnb kitorang dekat Stavanger tu pon hujan masih lebat. Rumah tu ada 2 dryer, perfect untuk kitorang membasuh dan mengeringkan semua benda yang dah lencun dari pagi 😆

One #traveltips kitorang boleh share kat sini ialah, kat AirBnB di Norway ni, normal untuk korang jumpa linen yang belum dipasang dan korang perlu pasang sendiri. Towels are also placed in a dry area in which you’ll have to collect yourself. Kitorang mula-mula ingat tuan rumah belum siap kemas rumah. Padahal kena pasang sendiri. Luas rumah Travis ni. Ada 3 bilik, and a 50″ TV, with high speed wifi and Chromecast. Setakat ni memang kitorang perasan TV diorang besar-besar semuanya. Murah agaknya TV. Kitorang tak sempat check that out, sebab tak jumpa shopping mall. Nevermind that. Yang penting kitorang selesa kat rumah ni.

T sign along the trail of Preikestolen
T sign along the trail of Preikestolen

It’s a cute neighbourhood, and kat sini lah juga kitorang tengok pagi-pagi budak-budak pergi sekolah dengan gembira, pakai baju waterproof yang mahal tu, and jalan sama-sama dengan berdisiplin tanpa jerit-jerit. Petang tu kitorang sempat jumpa dengan Travis, sebab nak minta dia tolong connectkan dengan wifi. Tapi kitorang berjaya je connect kan sendiri in the end. Sempat juga borak-borak berkenalan dengan Travis tu. Yuyu tak habis-habis cakap dia kacak. He’s Canadian, dah almost 5 years duduk kat Norway. Dia lah yang bagitau, orang kat Norway tak banyak spend time kat restaurant or dine out lah senang cerita. Sebab kos tinggi, jadi diorang memang masak dan spend masa makan sama-sama kat rumah. Dia siap pesan, kalau kitorang nak check out lambat pun tak apa, sebab the next day tu orang yang akan sampai tu sampai lambat, at 6:00 pm katanya. Yuyu ada juga bagitau, mesin basuh tu bising, takut pulak jiran-jiran complain sebab kitorang guna waktu dinner time, dalam pukul 7 malam macam tu. Tapi Travis cakap tak payah risau, sebab rumah tu sound proofing dia bagus. Memang betul pun, bila kitorang tutup pintu bilik air, tak kuat pun bunyi mesin tu.Tapi nak dijadikan cerita, lepas kitorang check out tu, dia tunjuk gambar yang dia dah beli washing machine baru. Sangat dedicated untuk keselesaan guest dia. Seboleh-boleh tak nak bagi ruang kitorang komen anything negative untuk review Airbnb dia.

Soaking wet at the end of the day
Soaking wet at the end of the day

Anyway, patutnya Yot join kitorang dekat Stavanger ni. Jack cakap Yot sengaja je nak skip naik Preikestolen tu, sebab tu dia nak join bila kitorang dah dekat Stavanger. 😆 Tapi malangnya, Yot masih tak sihat, dan hospitalised by the time kitorang sampai Stavanger. Dan dia terpaksa cancel plan nak join trip kitorang. 😦 Takpelah Yot, next time okay? Apa-apa pon thank you very much sebab tolong bayarkan trip ni walaupun tak join. Jasamu dikenang! 😀

Advertisements

One thought on “Jom Norway! Part 2 – Rockin’ Pulpit Rock

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s