Aurlandsfjord to Flåm

Jom Norway! Part 4 – The Adventures in Flåm

Day 7 – Thursday, 13 September 2018 – Norway’s Most Scenic Train Journey

Rasteplass Oppheimsvatnet
One of the rest stops along our trip

Rasanya Airbnb dekat Bergen ni lah yang paling tak best sekali sepanjang trip ni, maybe sebab takde TV 😆 Bukan tu je, portable heater ada satu je dekat ruang tamu so mesti tak cukup kalau winter, bilik agak sempit dan kotor (berhabuk bawah katil tu nampak bila buka pintu lagi), takde clear instruction macam mana nak check-in dalam apartment tu, apartment tu dekat tingkat 2 dan takde lift dan tangga agak sempit juga lagi-lagi kalau bawa luggage besar macam kitorang 😡 Tapi tu personal view kitorang lah. Maybe orang lain okay je dengan Airbnb tu. Ah well, let’s proceed with the journey!

Pagi tu, lepas kitorang dah breakfast and pack our stuffs, kitorang pergi ambil kereta dekat Rosenkrantz parking house. Selesai load barang dalam kereta dan check-out dari Airbnb tu, kitorang meneruskan perjalanan ke Flåm. Hujan renyai mengiringi perjalanan kitorang hampir sepanjang perjalanan. Salah jalan tu perkara biasa bila driving dekat negara orang ni. Contohnya masa ni, kitorang tersalah masuk lorong yang membawa kitorang melintasi sebuah jambatan yang Jack sorang je rasa cool 😆 Bila Waze dah bagi bunyi “tenenet” menandakan dah salah jalan, Jack pun buat U-turn dan berhenti kejap dekat toilet dia yang bersih di hujung jambatan tu. Sempat pula tu Jack jalan-jalan dekat jambatan tu ambil gambar lepas tu. Jambatan tu berdekatan sebuah tempat yang namanya Haus.

The Mighty Tvindefossen
The Mighty Tvindefossen

Bila hujan dah mula lebat, perjalanan diteruskan semula. Sejam setengah kemudian kitorang nampak sebuah air terjun dari main road yang cantik gila. Tapi konon sebab takut lambat sampai Flåm, kitorang tak singgah pada mulanya. 50 meter kemudian, oleh kerana semua terbayang-bayang air terjun tu, kitorang buat U-turn dan pergi semula ke air terjun tu. Air terjun tu nama dia Tvindefossen. Memang berbaloi buat U-turn tu walaupun hujan sikit. Dan disebabkan hujan tu, air terjun setinggi 152 meter tu menghasilkan deruan air yang sangat deras dan percikan air yang sangat dramatik! Lagi dramatik berbanding Latefossen rasanya. Totally worth it. Kitorang try menghampiri Tvindefossen tu tapi memang tak boleh. Angin kuat dan percikan air yang terhasil dari air terjun tu tambah pula tengah hujan menyebabkan terbang-terbang payung kitorang 😆 Katanya kalau tengah summer, memang impossible nak ambil gambar Tvindefossen tu tanpa ada orang lain. Rezeki kitorang takde orang masa kitorang dekat situ. Alhamdulillah. So kitorang pun alang-alang pergi lah toilet break juga dekat situ. Dan ini lah satu-satunya tempat sepanjang perjalanan kitorang yang kitorang jumpa public toilet berbayar. Sekali masuk NOK10 okay. But nevermind, selesa dan bersih toilet dia.

Cuaca mendung diselang-selikan dengan rintik hujan kembali mengiringi perjalanan kitorang. Walau bagaimanapun view sepanjang jalan memang awesome. Kabus cover gunung-ganang, lepas tu ada 3-4 air terjun yang tinggi turun dari gunung kiri kanan, dan ketenangan air sungai dan fjord; semua tu boleh nampak dengan jelas dari kereta. 40 minit kemudian, kitorang tiba di Flåm!

Kitorang parking dekat Flåm Railway Station tu, lepas tu bergegas ke kaunter tiket nak kejarkan Flåmsbana pukul 1.35 pm. Returning train pukul 2.43 pm tu jadi train pilihan untuk tour Norway in a Nutshell. So of course nanti train tu penuh dengan pelancong-pelancong yang ambil pakej Norway in a Nutshell tu. Kitorang berdoa je tak terserempak dengan gerabak penuh dengan pelancong. Tak dapat lah nak conquer sudut kiri kanan dalam gerabak train tu. So tips dia, check schedule Norway in a Nutshell lepas tu ambil Flåmsbana yang timing dia tak sama dengan Norway in a Nutshell tu.

Flåmsbana

Alhamdulillah, masa kitorang pergi tu, Flåmsbana memang tak ramai orang. Kitorang boleh ke mana-mana sudut dalam train tu. Memang excited, melompat-lompat dari satu tingkap ke tingkap yang lain, demi nak dapat view dan ambil gambar yang simply amazing! Apa-apa gadget yang ada dekat tangan masa tu memang akan digunakan untuk mengambil gambar silih berganti. Typical Asian. 😆 Memang padan lah bila orang kata Flåmsbana is one of the most scenic and beautiful train rides in the world. Cantik gila weh! 😯 Patut lah National Geographic sebut Flåmsbana ni masuk dia punya top 10 train rides in Europe. Lepas tu Lonely Planet pula iktiraf Flåmsbana sebagai the world’s best train ride. Pergh! Kalau Google memang berjela-jela pujian dari macam-macam pihak mengenai Flåmsbana  ni.

Hampir 2 jam perjalanan Flåmsbana tu, kitorang disajikan dengan air terjun yang menghiasi gunung ganang, sungai yang jernih yang menjadi support system untuk kampung-kampung kecil (cool gila kalau pencen duduk dekat kampung-kampung tu! :cool:), terowong-terowong yang menembusi gunung ganang, dan jambatan-jambatan kayu lama yang masih utuh sehingga ke hari ini. Tengah-tengah excited dalam train tu, sempat juga Yuyu lelap kejap. Mungkin terlalu tenang dengan pemandangan. Tapi kitorang perasan ada seorang perempuan orang putih ni, dia tidur je sepanjang perjalanan ke Myrdal tu. Rupanya memang dia naik train tu untuk turun di Myrdal. Terus kitorang tertanya-tanya, kenapa lah kitorang tak adventurous macam perempuan tu, and stop dekat Myrdal tu dalam satu malam. Mesti cantik gila area atas tu.

This slideshow requires JavaScript.

Okay back to perjalanan naik Flåmsbana tu. Sepanjang jalan tu kitorang jumpa banyak air terjun dan jalan-jalan kaki gunung yang ada hairpin turns. Ada 21 jumlahnya. Tapi kitorang tak boleh turun lah ke jalan tu. Tapi, kitorang boleh access ke air terjun! Dalam banyak-banyak air terjun yang ada sepanjang perjalanan tu, yang paling dramatik ialah Kjosfossen, air terjun yang hanya accessible menggunakan keretapi. Coach atau gerabak kitorang duduk tu berhenti betul-betul di depan Kjosfossen tu. So sebelum platform tu jadi crowded dengan penumpang-penumpang lain, kitorang berjaya menjadi yang pertama record video dan ambil gambar air terjun yang power tu. Boleh cekidaut sini kalau nak tengok short clip Kjosfossen menderu-deru dan merenjis siapa-siapa yang cuba menghampirinya.

Kjosfossen, the highlight of Flåmsbana
Kjosfossen, the highlight of Flåmsbana

Dalam kelekaan semua orang duk sibuk ambil gambar dan video sesama sendiri, tiba-tiba terdengar macam suara perempuan ala Asmaradana sayup-sayup kedengaran berlatarbelakangkan deruan air terjun tu. Dari celah mana kitorang tak tahu. Tak lama lepas tu, kelihatan seorang gadis misteri Atomic Blonde dari celah-celah batu menari dengan lenggok Hindustan. Who the hell is that? Nenek kebayan versi Norway ke? Muda bergetah tapi nenek kebayan tu.

Rupa-rupanya perempuan tu ialah Huldra, sejenis makhluk lagenda yang selalu menggoda manusia dalam hutan dengan merdu suara dan lenggok tarian yang gemalainya menurut hikayat orang Norway. Percikan air dari Kjosfossen ke muka orang-orang yang ada dekat situ memang menambahkan lagi effect seram sejuk masa Huldra tu menari-nari. 😆 Anyway, Jack sebagai orang yang paling depan sekali antara kitorang of course berjaya record performance Huldra tu. Boleh klik dekat sedutan kisah dongeng orang Norway ni kalau berani. NOK550 pergi dan balik untuk seorang menaiki Flåmsbana ni memang nampak agak mahal. Tapi kitorang rasa berbaloi lah dengan experience yang kitorang dapat. Gambar dan video pun beribu-ribu dah dapat.

Sampai semula ke stesen Flåm, kitorang lepak kejap dekat stesen tu. Ada Mall of Norway, sebuah kedai souvenir yang menjual souvenir dan pakaian-pakaian sejuk yang berlatarbelakangkan gunung dan air terjun. Nak buka kedai souvenir pun view kena cantik. Aduhai Norway~ 😀

Mall of Norway
Mall of Norway

Kitorang bergerak dari stesen Flåm menuju ke accommodation kitorang yang rupanya tak jauh dari situ. Jalan kaki pun boleh. Kitorang dapat sebuah rumah 2 tingkat yang besar dengan 3 bilik dan 2 bilik air. Memang puas hati. View pun cantik. Lepas dah settle down, kitorang jalan kaki ke stesen Flåm semula sebab visitor centre ada dekat situ dan kitorang plan nak beli tiket cruise dekat situ je. Tapi kaunter dah tutup pula by the time kitorang sampai situ. Jadinya, kitorang pun beli ticket cruise dengan shuttle bus menggunakan automatic machine yang disediakan di situ. Walaupun kaunter visitor centre dah tutup, tapi visitor centre masih dibuka untuk orang ramai. Cumanya info yang boleh didapati hanya berpandukan brochure dan pamphlet yang ada di situ. Dapat juga ambil gambar cruise yang terakhir untuk hari tu berlabuh di stesen Flåm. Excited tengok fully-electric vessel tu, macam spaceship gayanya pun ada.

Malam tu kitorang tidur didodoikan dengan air terjun yang mengalir belakang rumah kitorang. Macam tak nak bangun rasanya… 😉


Day 8 – Friday, 14 September 2018 – Cruising The UNESCO-listed Nærøyfjord 

Our accommodation in Flåm
Our accommodation in Flåm

Pagi tu, memang rasa sangat fresh bila dapat tidur bertemankan bunyi air terjun yang sayup-sayup kedengaran. Lepas dah breakfast, kitorang load barang dalam kereta dan bergerak ke stesen Flåm. Kitorang parking kereta dekat situ dan tunggu shuttle bus yang akan membawa kitorang ke Gudvangen. Kitorang spend NOK445 seorang untuk both shuttle bus and premium vessel. Okay lah kan. Lagi murah dari naik Flåmsbana. Kalau ambil yang classic  cruise mungkin lagi murah. Tapi, tapi alang-alang dah sampai, baik naik premium vessel. Lagi pun memang terpukau weh masa first time tengok premium vessel tu. 😯

Shuttle bus bergerak dari Flåm pukul 8 pagi dan perjalanan memakan masa 20 minit sebelum tiba di Gudvangen. Dekat Gudavangen kitorang naik Fjord Cruise Nærøyfjord yang dijadualkan jam 8.30 pagi dan pelayaran cruise tu mengambil masa selama 2 jam.  Kitorang boleh je naik cruise dekat Flåm sampai Gudvangen then naik shuttle bus back to Flåm. Tapi premium vessel tu hanya ada pukul 9 pagi dan ianya turut digunakan oleh Norway in a Nutshell. So mesti ramai orang naik kapal tu. Kitorang tak nak lah naik premium cruise tapi semak-semak dengan ramai orang. 😆

Cloudy rainy start Nærøyfjord Cruise
Cloudy rainy start of Nærøyfjord Cruise

Kapal tu memang environmental-friendly. Guna elektrik semata dan sangat senyap. Kitorang tak sedar pun dah start cruising, tiba-tiba je dah sampai dekat tengah-tengah fjord. Dekat dalam kapal pula, memang luas dan selesa siap dengan cafe, toilet, USB ports and WiFi. Dan yang best nya, masa kitorang naik kapal tu, kitorang naik dengan satu group dengan pakcik dan makcik dari Jepun yang berumur; mungkin dah pencen. Sangat tenang rasanya naik kapal dengan diorang. Alhamdulillah. Etty siap ambil kesempatan bertegur-sapa dengan diorang. Macam jumpa orang kampung setelah sekian lama. 😆 Pakcik makcik Jepun ni siap tanya, kitorang beli baju tebal-tebal berlapis-lapis ni berguna ke untuk cuaca dekat Malaysia? 🙄

Masa kapal mula meninggalkan Gudvangen, hujan renyai-renyai sikit. Tapi kebanyakan penumpang memang duduk dekat dek kapal, sibuk mengambil gambar dan mengagumi keindahan Nærøyfjord tanpa sebarang pencemaran bunyi seperti bunyi enjin kapal dan kumpulan pelancong yang bising. 15 minit kemudian, kitorang masuk ke dalam mencari hot chocolate untuk memanaskan badan. Enjoying the view dari dalam pun menarik juga. Selain dapat berteduh dari rintik hujan dan memanaskan badan, dapat duduk bertenang menikmati pemandangan dan update Instagram. 😛 Takde lah nak berdiri ambil gambar je sepanjang 2 jam pelayaran kan.

This slideshow requires JavaScript.

Rezeki kitorang, tak lama lepas tu sang mentari mula memancarkan  terik sinarnya. Alhamdulillah, baru lah selesa nak lepak dekat segenap sudut dek kapal yang unik tu. Kitorang nampak snow-capped mountains, air terjun dan rumah-rumah kampung di kaki gunung dan tepian fjord. Ada kapal cruise yang kitorang nampak masa tu betul-betul menghampiri salah satu dari berpuluh-puluh air terjun yang mengalir dari gunung ke fjord. Confirm boleh rasa percikan air terjun kalau kapal dah dekat macam tu. Tapi tak tahu lah kenapa kapal kitorang tak menghampiri air terjun macam tu. 😐

Katanya cruise dekat Nærøyfjord ni sesuai untuk semua musim, dan setiap musim menawarkan pengalaman yang berbeza-beza kerana setiap musim mempunyai sentuhan yang tersendiri terhadap landscape Nærøyfjord. Kalau masa tengah winter, gunung-ganang kebanyakannya diselaputi dengan salji dan air terjun pun beku. Masa spring pula, gunung-ganang yang memayungi fjord ni pun menghijau dan burung-burung berkicauan riang. Malam yang panjang dan cerah dengan suhu yang selesa pula kalau masa tengah summer. Masa kitorang pergi Norway, tengah pertukaran musim dari summer nak ke autumn. So udara sangat segar berserta warna gunung-ganang yang mula keemasan. Tak kira mana-mana musim pun, gambar mesti boleh tahap level poskad punya. 😆 Kalau berkesempatan ke Norway, kena make sure allocate kan sedikit masa untuk try cruise dekat fjord dia. 2 jam kemudian, kapal angkasa kitorang pun berlabuh di Flåm. Kitorang rasa spend lebih sikit untuk naik premium vessel ni memang berbaloi-baloi! Sangat refreshing rasanya lepas 2 jam tu.

Otternes Bygdetun
Otternes Bygdetun overlooking Aurlandsfjord

Anyway lepas dah berlabuh, kitorang menuju ke kereta dan meneruskan perjalanan ke Oslo. Berbekalkan sedikit masa lagi dengan Skoda Octavia sewaan kitorang tu, kitorang menggunakan Aurlandsfjellet Scenic Route daripada 18 National Scenic Routes in Norway. Tak jauh dari stesen Flåm, kitorang singgah kejap di Otternes Bygdetun. Otternes Bygdetun ni ialah ladang ternakan penduduk tempatan yang dikatakan bertapak dekat situ sejak abad ke 18 lagi. Jack terjumpa tempat ni sebab orang kata kalau ada dekat Flåm jangan lupa singgah dekat sini kerana pemandangan Aurlandsfjord sangat cantik dari situ.

Tapi masa kitorang sampai dekat situ, macam takde orang lain melainkan kitorang je. “Eh dah tutup ke tempat ni?” Patut kena ada tiket untuk explore sekitar area tu dan lunch / dinner juga disediakan untuk pengunjung. Tapi sebab macam terbiar / tutup tanpa ada warning yang kata tak boleh masuk, kitorang pun masuk je dalam farm tu tanpa sebarang bayaran dan mengambil masa kitorang explore setiap ceruk Otternes Bygdetun. Papan yang tergantung dekat dengan pagar menceritakan yang orang mula duduk dekat ladang ni sejak zaman sebelum Christian bertapak lagi. Hari ni ada 27 rumah secara keseluruhannya dekat ladang tu dan setiap rumah mempunyai peranan yang tersendiri iaitu peranan yang telah dimainkan sejak dari kurun ke 18 lagi. Rumah yang paling tua dekat Otternes Bygdetun tu dikatakan dibina pada tahun 1700.

Etty exploring the farm
Etty exploring the farm

By the way masa kitorang tengah drive naik bukit menuju ke Otternes Bygdetun tu, kitorang perasan ada seorang perempuan ni tengah jalan, eh salah, lebih kepada mendaki bukit menuju ke Otternes Bygdetun tu juga. Berdasarkan English accent dia masa minta tolong ambilkan gambar, kitorang rasa dia adalah Russian. So masa tu hanya ada kitorang dan dia je dekat situ. Tengah sibuk-sibuk ambil gambar, kitorang perasan dia kutip 2 biji epal tak jauh dari pokok epal yang ada dekat situ. Kitorang pun ikut juga mengutip lepas dia dah bergerak dari spot pokok epal tu.

Kenapa hanya kutip sebiji dua sedangkan boleh kutip sebakul? Fuh dah macam iklan Trivago pula rasanya. 😆 Kitorang kutip banyak juga epal dekat situ. Yelah, semua benda pun mahal dekat Norway ni. Bila dapat benda free, siapa tak nak kan? Lagi pun, tak boleh tahan lah warna kemerahan epal tu. Sangat tempting. Beza dengan warna merah epal yang kita selalu jumpa di supermarket. Warna merah dia lebih natural. Rasa dia pun sedap dan fresh walaupun entah bila dan dah berapa hari dia dah gugur. Lepas beberapa gigitan, selalunya epal akan deoxidised, jadi warna keperangan. Tapi epal ni tak jadi keperangan bila dia deoxidised. Dia jadi colourful, like literally colourful – ada warna pink, merah dan ungu. Risau juga takut jadi Snow White ke lepas makan epal dekat ladang entah mana-mana kan. Alhamdulillah elok dan sedap je kitorang makan. 😀 Kalau ambil epal yang dah gugur dari pokok epal yang tak bertuan tak dikira mencuri kan? Hmm… Duduk makan epal free sambil cuci mata dengan pemandangan Aurlandsfjord tu memang feel sangat. Cantik gila! 😯

Otternes Bygdetun
Selepas hujan kunjung tiba…

Meneruskan perjalanan dari Otternes Bygdetun menyusuri Aurlandsfjellet Scenic Route, kitorang berhenti pula di satu lagi tempat yang orang kata wajib singgah kira-kira setengah jam dari Otternes Bygdetun iaitu Stegastein Viewpoint. Kalau dah nama pun viewpoint, mesti lah cun kan view dia. Unparalled panorama katanya. Lagi-lagi dekat negara macam Norway ni. Yang uniknya, platform dekat Stegastein Viewpoint tu setinggi 650 meter dari Aurlandsfjord dan terjulur keluar 30 meter dari kaki gunung. Memang terbaik untuk orang gayat. 😆

Masa kitorang sampai tu ada satu tour group tengah lepak dekat situ. Ada seorang tourist guide ni melayankan seorang minah yang travel solo ambil gambar daring dari macam-macam sudut. Yang tukang ambil gambar pun seriau tengok. Kitorang pun try lah tiru ambil gambar-gambar daring macam tu juga lepas tour group tu dah bergerak. Fear Factor untuk Yuyu dan Mira yang gayat. Kah kah. Lepas dah take turn ambil gambar, tak lama lepas tu rintik hujan mula gugur seolah memberi petanda untuk kitorang terus meneruskan perjalanan. Jack sempat menyinggah ke public toilet yang disediakan dekat viewpoint tu. Jack kata nak buang air pun ada tingkap besar nampak view cantik. Tapi kalau yang gayat tu mungkin tak dapat nak meneruskan hajat. 😛 Jangan tak tahu, toilet dekat Stegastein Viewpoint tu mendapat award the “Most Beautiful Toilet” pada tahun 2015 dari Design Curial Magazine.

Dalam rintik hujan, perjalanan tetap diteruskan. Tapi dari Stegastein Viewpoint tu, kitorang perasan yang kebanyakan kereta dari arah bertentangan dari kitorang dan tak banyak yang satu arah dengan kitorang. Tapi sebab Aurlandsfjellet Scenic Route ni nak menuju ke Oslo, kitorang rasa logik lah kebanyakan orang dari Oslo dan menuju ke destinasi lain. Sepanjang drive tu, rasa macam sesat pun ada sebab jalan kecil tapi diapit gunung ganang yang hijau pekat, hijau kekuningan dan kuning keemasan. Memang rasa macam kecil sangat kereta kitorang masa tu. Tak lama lepas tu, baki Aurlandsfjellet Scenic Route yang sepatutnya memaparkan snow capped mountains dan mungkin satu lagi breathtaking fjord yang terhenti di satu selekoh bila kitorang mendapati jalan telah ditutup oleh sebuah pagar. No wonder tak banyak kereta lalu jalan ni.

We're lost but we're enjoying it
Nak cuci epal pun view harus epic

Kitorang buat U-turn lepas tu park dekat bahu jalan dan tunggu kot-kot ada kereta lain lalu dan buat U-turn macam kitorang, boleh kitorang tanya kalau ada jalan lain. 15 minit kemudian, memang kereta kitorang je dekat situ. 🙄 Boleh je kitorang nak masuk kereta dan terus patah balik menuju ke bandar. Tapi kitorang chill kejap.

Ada sungai yang mengalir dari puncak gunung yang dilitupi sajli betul-betul dekat selekoh kitorang buat U-turn tu. Kitorang mengambil kesempatan ‘sesat’ tu untuk enjoy pemandangan “the road not taken” di kalangan gunung-ganang yang somehow Jack kata macam scene dalam cerita The Secret Life of Walter Mitty. Epal-epal yang dikutip dekat Otternes Bygdetun tadi dicuci menggunakan air sungai yang sejuk dari gunung tu. Kitorang siap refill air sungai tu dalam botol-botol kitorang and seriously air tu rasa sedap gila. Lagi sedap dan refreshing dari air mineral Evian yang mahal tu. Air yang Jack tadah dekat Preikestolen tu pun kalah okay. Rasa sangat pure, sejuk dan refreshing! 😮 Mungkin sebab tu air mineral mahal dekat Norway, sebab diorang boleh dapat air yang fresh di mana-mana. Yuyu mula-mula plan nak mencemar duli dekat sungai tu sebab tak tahan dah dan tak tahu lepas ni dekat mana nak jumpa toilet. Tapi lepas dah rasa air sungai tu sangat sedap, terbatal hasrat dia. 😆

Dalam perjalanan kembali semula ke main road, kitorang singgah kejap dekat sebuah cliff atau tebing. Tadi kitorang dah nampak dah cliff tu masa on the way nak ke Stegastein Viewpoint sebenarnya; tapi ianya bukanlah sebuah viewpoint. Jadi takde tempat parking kereta dan hanya ada ruang sikit untuk satu dua kereta berhenti di bahu jalan. Dan memandangkan dah ada kereta yang berhenti dekat situ, so takde ruang untuk kitorang berhenti tadi. Lagi pun cliff tu dekat the other side of the road. Nak cross masuk situ agak susah lebih-lebih lagi bila ada banyak kenderaan dari kedua-dua arah. Sekarang dah patah balik senang sikit nak singgah. Dapat lah ambil gambar sitting on the edge kononnya.

“Sometimes what you want, isn’t what’s best for you. Allah is the best of planners, so trust His decision, be patient & say Alhamdulillah.”

Dari tepi tebing tu, kedengaran loceng-loceng yang tergantung di leher segerombolan kambing berbunyi masa diorang tengah happy meragut rumput di tepi gunung dan fjord. Tak boleh nak stop makan agaknya diorang ni. Tapi tu yang membuatkan kambing-kambing dekat Norway ni gemuk dan gebu.

Sitting on the edge
Sitting on the edge

Kira-kira sejam setengah kemudian, kitorang singgah pula dekat sebuah bangunan yang pelik bentuknya. Macam setting cerita Game of Thrones pun ada. Ianya adalah sebuah gereja. But not the normal church, it was a stave church. Borgund Stave Church telah dibina sekitar tahun 1180 dan ianya merupakan salah satu dari stave church yang telah dipelihara dengan rapi oleh kerajaan Norway. Stave church dibina menggunakan kayu disertakan dengan ukiran-ukiran unik zaman Medieval.

Hari ni, kebanyakan stave church yang masih bertahan di dunia ni terletak di Norway. So make sure singgah kejap ke salah satu dari 28 stave churches kalau datang ke Norway. Lagi pun, stave churches dekat Norway ni combine motif Christian dengan tema Viking. Jangan terkejut kalau nampak ukiran berbentuk naga dan sisik naga. Memang tak dapat dekat tempat lain di dunia ni. 😯

Entrance fee untuk Borgund Stave Church agak mahal kitorang rasa. So kitorang tak beli tiket masuk pun. Hanya ambil gambar dari luar je. Yuyu confident je masuk dalam juga sebab takde orang cek tiket pun katanya. 🙄 anak siapa lah ni…

Borgund Stave Church
Borgund Stave Church

Jam hampir menunjukkan pukul 3 petang tapi kitorang tak lunch lagi. Mujur dekat tepi Borgund Stave Church tu ada meja dan kerusi untuk orang duduk-duduk makan sebab ada cafe dekat situ. Sungai yang jernih dan sejuk airnya pun ada untuk basuh tangan. Berbekalkan rendang ayam dan daging diserikan dengan timun RM9 sebatang berserta sambal belacan tradisi, kitorang pun picnic dekat situ. Lepas makan, gadis-gadis desa ni sambung fefeeling Hindustan posing dekat rumput yang menghijau di tepi sungai Borgundsfjorden. Sambung roadtrip untuk kali yang terakhir, kitorang pun tiba di Oslo lebih kurang 4 jam kemudian.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s