Dawn at Blue Mosque

Merhaba! Part 5 – Closing Curtain

Day 9 – Saturday, 2 December 2017 – Kosongkan dompet, penuhkan luggage

Bangun awal pagi ni sebab ada misi. Tapi sebelum tu, kena breakfast dulu. Breakfast di tepi Selat Bosforus sambil tengok sunrise. Rooftop deck hotel ni boleh tahan la view dia. Breakfast pun mewah juga. Selesai breakfast, kitorang memulakan misi. Ambil T1 Line – Eminonu to Beyazit. Lepas tu jalan kaki 3 minit menuju ke Grand Bazaar yang tak asing lagi di kalangan pelancong tempatan dan luar negara.

View from the hotel's rooftop deck
The Galata Bridge, Galata Tower and Beyoglu (New City) from the rooftop deck 😎

Grand Bazaar, antara pasar yang tertua dan terbesar di dunia yang mula bertapak di Istanbul sejak 1461, tak lama selepas Sultan Muhammad al-Fatih menakluk Constantinople. Ianya dibina sebagai salah satu inisiatif Sultan untuk merangsang ekonomi Istanbul pada masa tu. Fast forward lebih 550 tahun lepas tu, Grand Bazaar menjadi sebuah shopping hub yang meriah! Ada lebih 4000 kedai, dengan tenaga kerja 26-30 ribu orang yang dikunjungi antara 200-400 ribu orang setiap hari! Yes, everyday! Memang meriah! Pintu masuk pun ada 21, confirm sesat lah 😀 Kitorang datang awal sebab nak elak sesak dengan orang ramai. Lagi pun, ada terbaca yang kalau nak bargain atau tawar menawar, seeloknya datang pagi-pagi. Sebab masa tu salesman baru buka kedai, nak kena achieve daily target. Kalau hari tu diorang dah achieve target, susah nak tawar menawar dengan diorang dah. Tapi lepas tawar menawar pun, almost RM700 spent dekat situ je 😯 pashmina, sejadah, shawl, tudung, t-shirt etc bakal memenuhkan luggage kitorang nanti.

Dari Grand Bazaar, langkah diteruskan mendaki bukit sikit selama lebih kurang 10 minit ke Suleymaniye Mosque. Rugi rasanya kalau jalan-jalan negara Islam tapi tak menyempat nak bersolat di dalam masjid dekat situ lebih-lebih lagi Suleymaniye Mosque ni dikatakan sebagai masjid yang terbesar dan tercantik dekat Istanbul, sebuah masterpiece arkitek terkenal zaman Turki Uthmaniyah iaitu Mimar Sinan. Sebelum pembinaan Suleymaniye Mosque, ada beberapa pendapat di kalangan arkitek yang berbunyi,

You can never build a dome larger than the dome of Hagia Sophia and especially as Muslims
The Interior of Suleymaniye Mosque
The Interior of Suleymaniye Mosque

Challenged accepted. So Mimar Sinan ni pun buat Suleymaniye Mosque untuk Sultan Suleyman I yang juga dikenali sebagai Suleyman the Magnificent di atas bukit yang mendominasi kaki langit Istanbul sehingga ke hari ini. Legend Mimar Sinan ni sampai tahap kubur dia pun ada dekat luar Suleymaniye Mosque berhampiran dengan makam Sultan Suleyman I dan isterinya. Bukan tu je, siap ada satu jalan tu bersempena dengan nama dia – Mimar Sinan Caddesi. Masjid ni dibuka setiap hari kecuali waktu solat di mana hanya orang Muslim je dibenarkan masuk untuk bersolat. Dan untuk orang Muslim, masa tu lah yang paling best nak ambil gambar dan mengagumi keindahan rumah Allah. Tapi make sure solat dulu lah. Solat berjemaah sebaiknya, barulah boleh meraikan perbezaan budaya. Lepak di perkarangan masjid pun best sebab ada angin sepoi-sepoi bahasa dari Golden Horn.

Turun dari Suleymaniye Mosque, kitorang berjalan dalam 15 minit pulang ke hotel. Dalam perjalanan tu jumpa juga beberapa kedai-kedai tudung yang murah dan menarik dengan harga borong. Suka la kaum hawa bila terjumpa benda-benda macam ni 🙄 Tapi sebab kedai-kedai dekat ceruk-ceruk ni selalunya bukan menjadi perhatian pelancong, so diorang punya English agak terbatas. Macam ayam dengan itik lah macam biasa… Sampai hotel, letak barang, lunch kejap, freshen up sikit dan terus keluar balik sebab dah behind schedule kalau ikutkan.

This slideshow requires JavaScript.

Berhampiran hotel kitorang pun dah boleh nampak beberapa orang memegang sign Private Bosphorus Cruise. Agen-agen yang memegang sign macam ni banyak hatta dekat area Sultanahmet pun ada. Berdasarkan pembacaan aku, kalau boleh elakkan dari membeli daripada diorang ni dan beli tiket directly dari Sehir Hatlari, official ferry company di Istanbul. Bukan apa, kerana harga “private” tour ni selalunya double dari Sehir Hatlari dan menggunakan bot-bot yang hidup segan tapi mati tak mahu. Lepas tu, takde lah “private” sangat sebab still kena share dengan hampir 50 orang yang lain.

Chillin' by the Bosphorus
Chillin’ by the Bosphorus

Kitorang cari kaunter Sehir Hatlari tu tapi macam susah juga nak jumpa walau pun menggunakan Google Maps. Last-last kitorang ikut instinct je cari dekat mana yang ramai orang beratur. Mujur sempat. Tiket untuk kitorang berdua hanyalah TRL24 untuk Short Bosphorus Circle Cruise yang memakan masa 2 jam dari 2.30 petang hingga 4.30 petang. Kitorang punya pengalaman cruise tu agak terganggu sebab ditakdirkan satu rombongan budak sekolah rendah naik sekali dengan kitorang. Hasilnya, 2 jam menelusuri Selat Bosphorus riuh rendah dengan hiruk pikuk budak-budak ni. Kebanyakan seats diorang dah conquer dan diorang jadikan penumpang yang nampak macam bukan orang Turki sebagai teman nak practice English. 😐 Layan juga lah sikit-sikit pun. Nak lari mana kan? Dah stuck dalam cruise tu. 😆 Settle cruise, menapak balik hotel dan packing apa-apa yang patut sebab dah banyak dah souvenir nak memenuhkan ruang luggage…


Day 10 – Sunday, 3 December 2017 – more than its clichéd image of a “bridge between East and West”

Inside Blue Mosque
Jemaah menanti bilal qamat

Pagi yang pilu bila terjaga dari lena di negara asing, tapi kena memikirkan kena kembali ke tempat bermaustatin untuk meneruskan rutin kehidupan. Sedih 😦 Tapi disebabkan antara semua tempat yang kitorang dah visit dekat Istanbul, kitorang belum masuk lagi dalam Blue Mosque atau juga dikenali sebagai Sultan Ahmed Mosque, aku berazam untuk bersolat Subuh dekat Blue Mosque pagi tu, sebelum meninggalkan bumi Sultan Muhammad al-Fatih.

So pagi-pagi lagi aku dah bersiap-siap, jalan ke Eminonu station. Then ambil T1 Line – Eminonu to Sultanahmet lepas tu jalan kaki dalam 5 minit ke Blue Mosque. Sepanjang dari hotel ke station lepas tu jalan ke Blue Mosque, memang hening suasana. Sunyi dan tenang je rasanya. Sebab musim sejuk, aku dah amik wudu’ siap-siap dari hotel. Mencabar nak ambil wudu’ dekat masjid time winter ni. 😆 Bila dah masuk perkarangan masjid, cepat-cepatkan langkah sebab takut tak sempat berjemaah. Agak pelik juga sebab diorang tunggu dekat-dekat syuruk baru nak solat berjemaah macam pengalaman dekat surau Kayseri Erkilet Airport semalam, walau pun Blue Mosque ni berstatus masjid utama di Istanbul. Aku rasa lah kan, sebab nak make sure semua orang dah ready nak pergi kerja. So lepas je diorang solat Subuh, terus pergi kerja sebab rata-rata jemaah macam golongan professional yang dah ready nak masuk office.

This slideshow requires JavaScript.

Bila jemaah dah bersurai, aku ambil masa sikit nak ambil gambar interior masjid tu yang kebiruan dek 20,000 tiles biru yang menghiasi ceiling masjid yang menyebabkan Sultan Ahmet Mosque mendapat jolokan Blue Mosque. Blue Mosque memiliki 6 menara, tak macam masjid-masjid lain yang selalunya ada 2 atau 4 je menara. Al-kisahnya, bila mendapat kritikan kerana menyamai 6 menara yang berada di Masjidil Haram, Sultan Muhammad al-Fatih mengarahkan supaya menara yang ke 7 dibina di Masjidil Haram. Wallahualam. Sekarang ni dah ada 9 menara dah dekat Masjidil Haram. Pembinaan Blue Mosque ni sebab nak compete dengan Ayasofya sebagai tempat ibadat yang paling gah. So pengunjung boleh tengok sendiri yang mana lagi gah dan yang mana lagi cantik. Sebagai seorang muslim, aku lebih appreciate Blue Mosque ni, mungkin sebab ianya masih melaungkan azan dan orang Islam boleh bersolat di dalam nya. Sedangkan Ayasofya hanyalah sebuah muzium.

The Blue Mosque Complex
Pelawat yang mula membanjiri kompleks Masjid Sultan Ahmed

Settle ambil gambar aku tengok ramai dah orang beratur nak masuk ke dalam Blue Mosque. Mujur ada privilege sebagai seorang Muslim, at least tak payah beratur nak masuk dalam masjid dan tak perlu nak bersesak sangat dengan makcik-makcik China, Korea, Jepun dan Malaysia yang tengah beratur nak masuk tu. 😆

DSC02555_Fotor
kozde misir & kestane 🙂

Naik T1 ke Eminonu semula dan bersiap sedia nak breakfast dan check-out. Sebab ada masa lagi walau pun dah selesai breakfast dan check-out, kitorang jalan-jalan sikit dekat area Sultanahmet sebab nak cari fridge magnet dari Istanbul sebagai souvenirs. Best jalan pagi-pagi ni bila kedai-kedai baru nak buka. Dapat dedicated attention dari peniaga-peniaga juga 😀 In total, kitorang dapat beli 8 biji fridge magnet untuk TRL25. Sebelum meninggalkan kota Istanbul, kitorang beli juga kozde misir atau pun jagung bakar. Ada juga jual sut misir iaitu jagung bersusu manis dan buah berangan yang juga dipanggil kestane dalam bahasa Turki. Benda-benda ni memang sedap. Kitorang dah beli dah semua. Sebab tu last kopek beli lagi sebab takut kempunan pula nanti 😛

Sebelum ambil luggage, kitorang tinggalkan pocket wifi dekat reception hotel menggunakan sampul surat yang dibekalkan oleh rent’nconnect. Masa ambil luggage dekat hotel, kitorang berkira-kira juga nak naik Uber @ cab atau naik train macam kitorang datang hari tu. Mula-mula memang ingat nak naik Uber sebab banyak barang dan bag pun lebih berat dari hari pertama kitorang sampai hari tu. Tapi sebab takut  sangkut dalam jam, dan terkejar-kejar nak check-in flight and drop luggage nanti, kitorang naik je juga train. Alhamdulillah boleh manage.

The important T1 Line
The important T1 Line

T1 Line – Eminonu to Zeytinburnu; and change to M1a Line – Zeytinburnu to Ataturk Havalimani

Dan tepat pukul 2.45 petang, Singapore Airlines pun berlepas meninggalkan Istanbul Ataturk Airport menuju ke Changi Airport. Dalam post ni kitorang nak summarise kan tips yang kitorang kumpul sepanjang lebih kurang 10 hari di bumi Turki ni yang kaya dengan kebudayaan, kesenian, keindahan bentuk muka, sejarah dan tamadun.

  1. Stay connected with pocket wifi – Ada 2 options yang boleh dipercayai setakat ni iaitu rent’nconnect and Alldaywifi. Collect dekat airport masa sampai dan tinggalkan dekat last hotel sebelum pulang. Pengalaman kitorang memilih pocket wifi yang mana ada cerita dekat sini hari tu.
  2. Public transport – selagi boleh, guna lah public transport macam train & tram sebab lebih murah, especially dekat Istanbul. Sangat murah.
  3. Istanbulkart boleh guna untuk lebih dari seorang. Useful untuk yang travel dengan family aku rasa.
  4. Peminat muzium, mungkin boleh consider menggunakan Istanbul Museum Pass yang berharga TRL125. Kitorang tak guna, sebab masa yang suntuk dan yang betul-betul nak lawat ialah Ayasofya dan Topkapi Palace je walau pun pada asalnya nak sumbat juga Chora Church. Kalau nak pergi lebih dari 3 muzium, mungkin berbaloi pakai Istanbul Museum Pass sebab boleh skip beratur panjang nak beli entrance ticket, lagi-lagi kalau peak season.
  5. Kalau nak pergi Selcuk dari Izmir, jangan tersalah naik train macam kitorang! 😆
  6. Dan kalau dah sampai Selcuk, elakkan stay dekat Wallabies Aquaduct Hotel sebab takde heater atau pun air panas atau pun Urkmez Hotel sebab mungkin boleh jadi double booking macam yang jadi dekat kitorang.
  7. Dari Ephesus nak balik ke pekan Selcuk ada dolmus atau pun minivan yang berharga TRL3. Tempat tunggu dolmus ni kena jalan sikit melepasi parking teksi dan private vans.
  8. Tak payah beli Zultanite punya accessories bagai. Besar kemungkinan apa yang dibeli tu adalah fake.
  9. Refer dekat sini kalau nak tau belon boleh terbang ke tak di Cappadocia.
  10. Allocate beberapa hari di Cappadocia kalau plan nak naik belon udara panas. Sebab cuaca tak menentu.
  11. Stay dekat dalam Cave Hotel at least satu malam di Cappadocia! Baru feel!
  12. Macam biasa, kitorang guna Booking.com untuk book accommodation bila travel. Kalau korang yang terbaca entry ni nak dapat 10% refund bila dah check-out dari hotel yang ditempah melalui Booking.com, boleh klik sini. Banyak woo 10% tu… 😆
  13. Spice Bazaar tutup on weekend manakala Grand Bazaar tutup hari Sabtu.
  14. Finally, itinerary kitorang sepanjang trip kali ni. Dalam itinerary ni agenda untuk Cappadocia kitorang biar kosong macam yang disarankan di no. 10 sebab tak tahu bila boleh naik belon udara panas tu. Tapi boleh refer dekat post ni untuk cekidaut apa yang kitorang buat sepanjang berada di Cappadocia.
Early Bird
Last minute shopping, early in the morning

InshaAllah kalau panjang umur kitorang nak explore Turki lagi. Banyak lagi yang tak sempat nak cekidaut macam Pamukkale, Mount Nemrut, Ani, Aspendos, Pergamum dan banyak lagi. Kalau nak list down memang sampai ke sudah tak habis. Kena kumpul duit untuk strikethrough tempat-tempat tu. 😀

Jumlah perbelanjaan kitorang untuk lebih kurang 10 hari di Turki (Istanbul, Selcuk & Cappadocia) ialah RM10,758 untuk 2 orang. Tak semahal trip pergi Aussie dulu lah 😆

  • Flight: Singapore Airlines RM4,184.20 + Onur Air RM94.17 (TRL77.30) + SunExpress RM146.17 (TRL119.98) + Atlasglobal RM185.17 (TRL152)
  • Hotel: RM2,016.41
  • Attractions: RM1,712.02
  • Souvenirs: RM1,203.90 😯
  • Food: RM483.82 – Walau pun bukan trip budget, tapi kitorang sedaya upaya juga menyekat perbelanjaan dengan membawa periuk nasi mini dan juga canned food 😛
  • Pocket Wifi: RM298.95
  • Train/Tram/Bus/Airport Transfer: RM235.23
  • Takaful: RM128.88

That’s about it.

Overlooking the Old City of Istanbul
“If one had but a single glance to give the world, one should gaze on Istanbul” – Alphonse de Lamartine
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s